Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Saturday, 4 June 2016

BAH SATU~PENANG 28/5-1Jun2016 (Pengalaman pertama kali booking flight sendiri ke Penang)

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah,setelah beberapa kali merancang untuk membawa anak-anak pergi bercuti ke Penang,akhirnya impian tercapai.
Jika sebelum ni,tiapkali travelling dan urusan tempat penginapan diuruskan oleh orang lain tetapi kalini untuk pertama kalinya aku menguruskan tiket penerbangan dan penginapan sendiri.
Alhamdulillah,dipermudahkan



themoonshadowz

themoonshadowz

themoonshadowz

themoonshadowz
Sudah siap print boarding pass via Web Check In


 Kalau ingin bercuti ke Penang digalakkan untuk memiliki Travel Privilege Card bernilai RM20.Kad ini boleh digunakan untuk mendapatkan 20% diskaun di tempat yang ingin dilawati.Boleh baca mengenai kad ini dengan lebih lanjut di http://www.penangtouristcentre.com/





 Sedikit tips ketika ingin bercuti,rajinkan diri untuk membaca blog atau buku mengenai tempat yang ingin dikunjungi untuk mendapatkan sedikit info dan maklumat yang amat berguna sepanjang berada di sana.

Digalakkan membawa:
  • Pelembap
  • Sunscreen (Aku memilih SUNPLAY Ultra Shield High SPF & PA SPF 130)
  • Pelembap bibir
  • Lotion badan
  • Tisu lembap/kering
  • Ubat-ubatan (minyak urut,minyak angin,panadol,ubat cirit birit,ubat tahan muntah,ubat gastrik untuk tujuan kecemasan)

GAJET
Gajet yang perlu dibawa ketika bercuti ialah kamera dan monopod.Powerbank amat penting dan charger untuk kesemua gajet yang dibawa.

Apa yang paling penting ketika bercuti adalah susunan atucara dan aktiviti supaya semua dapat menepati masa dan bersedia menikmati percutian dengan lebih tersusun dan santai.

Ini adalah contoh susunan aktiviti yang aku sediakan dengan bantuan si Suraya sepanjang kami di sana



Hehehe..Okie nanti kita sambung cerita di BAH DUA

Chekidout

Terima kasih

















No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum N Hye!!!!
Komenlah Ye...

Selalulah lepak sini erk...
MUACH!!!!

Follow by Email

Blog Archive