Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Saturday, 4 June 2016

BAH DUA~PENANG 28/5-1Jun2016 (Pengalaman ke Penang dengan Firefly)

ASSALAMUALAIKUM

Sebelum tiba hari berlepas ke Penang,aku dah siap pesan awal pada anak-anak supaya memilih outfit yang sesuai untuk dibawa ke sana. Setiap seorang membawa tiga pasang pakaian untuk siang hari dan dua pasang baju tido di samping t shirt,seluar track,beberapa helai tudung dan pakaian dalam yang lengkap untuk percutian kalini.Inilah hasilnya...Tada..
Tips menyusun pakaian-Pakaian yang digulung lebih menjimatkan ruang.


Dari Pekan,aku sekeluarga menaiki teksi terus ke LTSAS(Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah).Perjalanan dari Pekan ke Kuantan mengambil masa lebih kurang 45 minit.Tambang teksi dari Pekan ke LTSAS ialah RM60.00

Kami tiba awal di LTSAS iaitu pada pukul 12.45pm .Perut mula berkeroncong pinta diisi dan kami makan di cafe di situ.(Nama cafe lupa)

Menu makan-Kuetiaw dan nasi lemak
Minuman-Tea o dan Milo ais
Total bayar di cafe RM30.00
BERBALOI SEBAB SEDAPPP...Hehehe..

Nurul dan Sofia ceria sebab perut dah kenyang
Usai makan dan solat,kami menuju ke kaunter untuk check in luggage.
Legaaaaa..

Gendang gendut tali kecapi,kenyang perut suka hati

Sebab aku dah web check in maka aku hanya perlu ke kaunter untuk check in luggage sahaja.Jimat masa

Boarding ticket.

Satu backpack berisi kamera,monopod,powerbank dan maklumat penginapan

Yang dinanti sudah pun sampai




Subhanallah
Cantik permandangan dari luar




Alhamdulillah
Dari LTSAS berlepas pukul 3.15
dan tiba di PIA pada pukul 4.25 petang

Dari PIA,Bayan Lepas kami menaiki teksi Pakcik Man.Kalau sesiapa memerlukan khidmat beliau boleh kontek nombor pada resit di atas.Orangnya peramah.

Dari PIA,kami check in di YES HOTEL yang terletak di Transfer Road.
Room charge untuk satu malam ialah RM191+RM50(deposit)
Bilik dengan dua katil queen size
Selesa untuk kami berempat

Bilik pun dah selesai,perut pun dah ,mula minta di isi.Malam tu kami makan malam di Restoren Kapitan

Menapak dari Yes Hotel menikmati pemandangan malam di situ memang meriah


















Menu tak rugi coba.Sedap weyh

OTW balik ke hotel


Keluar menapak,balik ke hotel naik bas sebab memasing dah kekenyangan.
Alhamdulillah untuk hari pertama di Penang

Sambungan di bahagian tiga

CHEKIDOUT

Mekasih

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum N Hye!!!!
Komenlah Ye...

Selalulah lepak sini erk...
MUACH!!!!

Follow by Email

Blog Archive