Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Tuesday, 21 May 2013

Tak Seindah Impian (PART SIX)

Cheeqa bingkas bangun dan menolak kerusinya dengan kasar,sempat Yakuza menarik tangan kekasihnya kemas."Please Cheeqa,jangan macam ni,I'm so sorry",kata Yakuza cuba memujuk.Cheeqa diam dan hanya menurut.Suasana kembali sepi sekalipun ada mata yang menjeling seolah-olah ingin drama sebabak bersambung lagi.Yakuza memicit kepala yang sedikit pening,Cheeqa hanya menunduk terdiam seribu bahasa.Kelihatan pelayan restoren datang bersama makanan dan minuman yang mereka order,sayang sekali seleranya sudah mati.

"Terima kasih",ucap Yakuza cuba memaniskan muka pada pekerja yang menghantar pesanan.Yakuza melirik sekilas pada wajah Cheeqa yang masam mencuka."Tak baik bermasam muka depan rezeki,kalau tak nak makan apa-apa,minumlah jus tu",seraya tangannya menghulurkan gelas minuman kepada Cheeqa.Yakuza berasa sedikit lega pabila melihat hulurannya bersambut."Lapar",kata Cheeqa sepatah sambil tangannya laju mengambil Nasi Goreng Santai dan disuap laju tanpa memandang ke arah Yakuza.Yakuza hanya tersenyum melihat gelagat kekasihnya itu.

"BURP!!!!,Erk!..",Cheeqa menekup mulutnya.Wajahnya bertukar merah menahan malu manakala Yakuza hanya membulatkan mata terkejut dengan gelagat Cheeqa.Terdengar ketawa halus dari meja yang terdekat,pasti gelagat Cheeqa tadi menarik perhatian pengunjung yang duduk berdekatan dengan mereka.Mana tidaknya,suasana yang sepi dengan alunan muzik perlahan tiba-tiba dihadiahkan "sendawa power" dari si gadis yang merajuk tadi."Sorry,tak sengaja,tadi lapar sangat dan now kenyang sangat-sangat",ujar Cheeqa sambil buat muka seposen.

"It's okay,jomlah kita balik",ujar Yakuza sambil sebelah tangannya melambai ke arah pekerja yang berdiri berdekatan."Semua RM25.60 sen bang".Yakuza mengeluarkan duit dari dompetnya dan menghulurkannya pada pekerja tersebut.Cheeqa sempat melirik ke arah dompet Yakuza dan dia menjerit kecil apabila melihat sekeping gambar berukuran pasport.Gambar seorang gadis perempuan yang memakai cermin mata dan tersengih sehingga menampakkan bracesnya.Bukan itu sahaja,malah potongan rambut bang,gadis itu kelihatan seperti Marni lakonan Kristen Bell dalam You Again bezanya Marni mengalami masalah jerawat dan Cheeqa bersyukur memiliki kulit yang mulus.Yang pasti dia benci melihat dirinya dalam gambar itu dan kini Yakuza pula yang menyimpan tanpa pengetahuannya.

"ARGHHH!",Kenapa simpan gambar tu?",tanya Cheeqa geram."This is so precious dan inikan gambar you yang asli,hehehehehehe.Bukan senang nak dapatkan gambar ni",jawab Yakuza sambil tersengih."Jangan terfikir nak ambil balik gambar ni tau",kata Yakuza sambil mengenyitkan sebelah matanya kepada Cheeqa.Dan Cheeqa hanya menunjukkan ketidakpuasan hati dengan mulut muncungnya.



AKAN BERSAMBUNG,Jangan Marah Na.... (^_*)

Follow by Email

Blog Archive