Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Tuesday, 22 January 2013

Tak Seindah Impian (PART FOUR)

Yakuza menyimpan kembali cincin ke dalam poket seluarnya."Mungkin aku yang tergesa-gesa atau 'minah' ni sengaja jual mahal"'getusnya dalam hati.'Minah' yang dimaksudkannnya adalah Cheeqa."Sebenarnya,sayang akan terima lamaran  abang tadi tapi kenapa abang propose macam ni?Tak romantik langsung,antara dua je,'high blood' atau terkena serangan jantung mengejut.Propose in proper waylah,time nak ajak bercinta romantik je,takkan nak lamar sayang,hurmmmm....",Cheeqa bermonolog sendiri.Dia mengerling ke arah kekasihnya,Yakuza tenang memandu dan masing-masing kekal membisu.Cheeqa kesal dengan kelancangan mulutnya sendiri namun dia juga masih geram dengan cara Yakuza,"tak kena cara,sigh",Cheeqa mengeluh lagi.

"I won't give up on us,Even if the sky get rough,I'm giving you all my love,I'm still looking up",lagu 'I Won't Give Up' dari Jason Mraz seolah-olah meluahkan apa yang terbuku di hati Yakuza.Sedari tadi dia dan Cheeqa tidak bercakap sepatah pun malah dia terasa hati dengan penolakan Cheeqa tadi.Dia menjeling ke arah Cheeqa yang nampaknya termenung jauh sambil menggigit jari."Sweet sungguh awek aku ni walaupun perangainya 'ngok-ngek' sikit",Yakuza tersenyum sendiri.

"Ehem!!!!!",Sayang lapar sangat ke?Nampak macam sedap sangat gigit jari tu?',tanya Yakuza tapi hanya dibalas kerlingan tajam dari Cheeqa."Adoi,kenapa dengan aku ni,kan dah kantoi",Cheeqa menggetap bibir geram menyalahkan diri sendiri.Memang sudah menjadi tabiatnya,jika terlalu runsing atau rasa bersalah dia pasti akan menggigit jari.Tabiat itu terbawa-bawa walaupun sudah berusia 25 tahun dan Yakuza sudah sedia maklum dengan tabiat buruknya itu.

"Kita singgah dekat Restoran Santai,rindu nak makan lasagna",kata Cheeqa pendek.Memang dia merajuk tapi jika diberi pilihan antara lapar dan rajuk pasti dia akan pilih makanan.Yakuza hanya tersenyum dan pantas Cheeqa membidas,"makan dan rajuk adalah dua perkara yang berbeza,rajuk akan jadi lebih rasional bila sudah kenyang nanti lagi lagipun 'lasagna Restoran Santai antara yang terbaik,sape punca dialah bayar".Yakuza hanya mengangguk perlahan sambil menumpukan perhatian pada pemanduannya.Restoran Santai yang terletak di Tanjung Lumpur antara tempat makan kegemarannya namun kadangkala kesesakan jalan di situ membuatkannya lebih berhati-hati ketika memandu.



P/S: DAMAI.....YEY.....PAsti ke mereka dah berdamai,nak tau,tunggu PART FIVE.thanks....

SEKIAN.TIMACIH

Monday, 21 January 2013

Tak Seindah Impian (PART THREE)

Pantas Cheeqa berlari mendapatkan Yakuza yang sudah terduduk di tepi kereta.Kelihatannya,wajah Yakuza yang agak berpeluh dan sedikit pucat.Cheeqa merenung wajah Yakuza dengan cemas,mata Yakuza terpejam rapat seolah-olah menahan sakit yang amat sangat."Kenapa ni abang?,soal Cheeqa bertalu-talu namun Yakuza hanya membisu.Cheeqa semakin resah,dia memandang sekeliling cuba mencari jika ada kelibat yang boleh membantu dia di saat itu.Cheeqa memegang erat tangan Yakuza.Tangan Yakuza diolesnya lembut namun tiada respon,Cheeqa semakin resah."Kenapa dengan abang ni?",detik hatinya.Diramasnya lagi tangan Yakuza dan cuba membuka genggaman tangan Yakuza yang kaku.

Semakin cuba dileraikan,semakin kemas genggaman tangan Yakuza,Cheeeqa mula menitiskan airmata melihat keadaan kekasihnya ketika itu.Dioles lembut jari kekasihnya,ada sesuatu di situ.Tapak tangan Yakuza dibuka perlahan,tertulis "Will u?Plez say YEZZ" .Dengan sebentuk cincin emas putih bertakhtakan permata dengan warna yang sama,Cheeqa mengerling ke wajah Yakuza yang masih terpejam rapat.

Cheeqa mengetap gigi,amat geram disakat sebegitu rupa.Dia lantas bangun mengibas kainnya yang diselaputi pasir."NO!!!!!!",jeritnya.Yakuza yangsedari tadi kaku,terus membulatkan mata memandang Cheeqa yang sudah 'buat muka enam belas'."Kenapa?,tanya Yakuza dengan suara yang mendatar,terasa dengan jawapan yang diberikan.


P/S Alaaaaaaaa....Kita tunggu Tak Seindah Impian PART FOUR plaklah ye,terima kasih sudi membaca.

SEKIAN.TIMACIH


Sunday, 20 January 2013

Apa sudah jadi sama "TAK SEINDAH IMPIAN"

MALU!!!!!!!!!Aku btol-btol malu....Belek dan ingat semula bab Cheeqa dan Yakuza yang terbengkalai lama.ARGHHHHHH..Malunya...Apa yang dah jadi??Last update pasal tu bulan September 2012,lau pro kompem dah siap lama,hehehehehe...Tahap karat keruh jugaklah otak aku nih...

Apa alasan yang terbaik sekalipun,takkan dapat siapkan kisah mereka berdua tu.Kerja xkan pernah habes,masalah pastikan berulang dan yang terbaru hanyalah "alasan" dan impian yang takkan kesampaian selagi xde ending utk mereka.Kisah mereka mungkin tak sehebat novel the best seller sekalipun namun tetap ada ceritanya.

Dan aku xnak berjanji lagi

(^_*)

SEKIAN.TIMACIH

Follow by Email

Blog Archive