Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Monday, 27 May 2013

Tak Seindah Impian (PART SEVEN)

"Cheeqa oit",Maisara memanggil sahabatnya,Cheeqa yang kelihatan ralit merenung gambar dari album pertunangannya yang berlangsung seminggu lepas."Hoi!Cik Rasyiqah Fadlah binti Mohd Fadlan!",jerit Maisara yang membuatkan Cheeqa tersentak."Ha!,Sebut nama penuh baru dengar erk!Kau berangan ke Cheeqa",soal Maisara sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihatkan perilaku Cheeqa.Cheeqa hanya tergelak kecil sambil menyerahkan album kepada Maisara."Cantik sangat dan sejuk mata aku memandang wajah bakal ayah mertua kau Sara,hehehehehe"."Hoi,melampau kau erk."jawab Maisara seraya tangannya mencubit pipi Cheeqa.

"Cheeqa,boleh aku tau,kenapa kau tolak lamaran Yakuza?Korangkan dah lama berkawan?",soal Maisara sambil memasukkan album pertunangannya ke dalam beg kertas.Dia membawa album tersebut dari kampung ke rumah sewa mereka untuk ditunjukkan kepada Cheeqa.Cheeqa tidak  hadir kerana menghadiri mesyuarat di selatan tanah air.Johan dan Maisara  pernah bercinta ketika mereka sama-sama menuntut di sekolah menengah dan terpisah setelah masing-masing melanjutkan pelajaran ke universiti berbeza.Takdir menemukan mereka semula di Majlis Reunion Ex SMKR di tahun 2010 dan bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.

"Penting ke aku jawab atau aku boleh jawab esok aja",dalih Cheeqa."Kalau kau anggap aku ni sebagai BFF kau,aku nakkan jawapan sekarang",jawab Maisara sambil merebahkan badannya berbaring di sofa.Cheeqa termenung seketika sebelum memandang tepat ke wajah Maisara dan berkata "Aku tak yakin dengan dia".Maisara yang sedang berbaring tadi melompat sambil menjengilkan matanya ke arah Cheeqa."Are you out of your mind Cheeqa?Kau sudah dua tahun bercinta dengan dia then hari ini baru kau fikir yang kau tak yakin dengan hubungan ni?Kawan aku ni dah gila agaknya".

"Kau cakaplah apa kau nak cakap,aku nak naik atas.Nak mandi,solat dan tidur awal",jawab Cheeqa sambil bingkas bangun meninggalkan Maisara di ruang tamu rumah sewa mereka.Cheeqa melangkah laju menuju ke bilik tidurnya yang terletak di tingkat atas.Dia dan Maisara sudah dua tahun menyewa di situ bersama dengan dua orang lagi penyewa lain.Izara dan Puteri jarang berada di rumah sewa kerana tuntutan kerja mereka yang banyak bertugas ke luar daerah.

Usai mandi dan solat,Cheeqa berbaring di katil sambil melihat gambar dia bersama Yakuza ketika mereka meraikan majlis hari jadi anak saudara Yakuza yang ketika itu baru berusia dua tahun.Dia dilayan begitu mesra oleh seluruh ahli keluarga Yakuza terutama ibunya yang merestui hubungan mereka.Semua melihat dan menganggap mereka sebagai pasangan yang sempurna tapi Cheeqa merasa sebaliknya.


TO BE CONTINUE,love yeaaaa....
(^_*)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum N Hye!!!!
Komenlah Ye...

Selalulah lepak sini erk...
MUACH!!!!

Follow by Email

Blog Archive