Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Thursday, 2 May 2013

Tak Seindah Impian (PART FIVE)

Suasana di Restoren Santai kelihatan tenang,angin bersepoi-sepoi bahasa mendamaikan lagi suasana.Pengunjung juga kelihatan berselera menikmati hidangan lazat dengan suasana yang begitu tenang sekali.Kelihatan  pasangan muda ralit bersama anak kecil mereka yang lingkungan usia setahun lebih,si ibu tidak putus asa cuba menyuapkan makanan pada si kecil manakala si ayah tekun menikmati makanannya sendiri."Kita nak duduk di mana ni?Di dalam atau di luar sahaja?",tanya Yakuza.Cheeqa tidak menjawab sebaliknya hanya memuncungkan bibir ke arah tempat duduk di pondok yang berdekatan dengan jambatan di restoren itu."Jom,lapar sangat dah ni",kata Cheeqa sambil mengusap-ngusap perutnya,dia tidak pernah berasa segan menunjukkan perilaku 'slumbernya' itu kepada sesiapapun dan Yakuza sudah maklum perihal kekasihnya itu.

Cheeqa menongkat dagu memandang Yakuza yang membelek menu makanan di situ."Dik,nak order ye,"kata Yakuza sambil melambaikan tangan pada salah seorang pekerja di situ."Saya nak Nasi Goreng Santai dan fresh orange,and you sayang,nak makan apa?",Yakuza bertanya tanpa memandang Cheeqa."Hmmmmmmm.....",Saya nak lasagna dan epal jus ye",jawab Cheeqa memandang tepat ke arah pelayan yang ralit mencatit pesanan,pelayan tu mengangguk perlahan tanda faham dan beredar.

Cheeqa memandang ke arah pasangan muda tadi,kelihatan si ayah pula menimang si kecil yang galak ketawa dan giliran si ibu pula menikmati makanannya.Tiba-tiba nyaring kedengaran telefon bimbit Yakuza berbunyi dan pantas Yakuza menekan punat merah.Dia tidak mahu menjawab panggilan tersebut apalagi ketika berada di samping Cheeqa.Cheeqa hanya merenung tajam ke arah Yakuza,"Kenapa reject call?Kekasih lama muncul kembali atau awek yang baru kenal malam tadi??,sindir Cheeqa."Tak penting",bidas Yakuza pendek seraya mematikan terus bold miliknya itu.Dia juga tidak mahu pemanggil tadi terus menelefon apalagi ketika dia berada di samping Cheeqa.

"Kenapa diam?Ada apa-apa yang sayang tak tahu ke atau memang sayang tak layak nak tahu?",tanya Cheeqa sedikit emosi.Yakuza mengangkat muka seraya merenung ke wajah mulus Cheeqa,"Please,janganlah macam ni sayang,panggilan tu tak penting pun.Hurm,itupun makanan kita sudah sampai",kata Yakuza cuba mengubah topik perbualan."Maaf cik,lasagna ada tapi baru masak,dalam pukul lapan baru kita serve,kalau serve sekarang,ianya terlalu lembik.Nak tunggu atau cik nak cuba makanan lain?",laju si pelayan memberikan penerangan pada mereka sambil menghulurkan menu pada Cheeqa."Nope,it's ok",jawab Cheeqa laju sambil memulangkan kembali menu tersebut,"Maaf ya cik",jawab si pelayan sambil berlalu.

"Tadi cakap lapar sangat,sayang boleh cuba makanan lain juga,semua menu kat sini sedap",kata Yakuza."Hilang selera dah",jawab Cheeqa pendek."Siapa yang call tadi dan dia ke girlfriend baru tu?',tanya Cheeqa yang mula bergenang airmatanya."Cheeqa please,jangan nak buat drama airmata dekat sini",kata Yakuza dengan suara yang bergetar menahan marah."I cuma reject call aja bukan I bunuh sesiapapun,yang you nak menangis bagai ni kenapa?",keras suara Yakuza.



WHAT HAPPEN NEXT??Tunggu and sabaq na...TQVM

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum N Hye!!!!
Komenlah Ye...

Selalulah lepak sini erk...
MUACH!!!!

Follow by Email

Blog Archive