Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Thursday, 30 May 2013

Tak Seindah Impian (PART EIGHT)

Cheeqa bangkit dari katil menuju ke tingkap,dia melihat ke dada langit yang terbentang kemudian dia berjalan pula ke pintu yang menuju ke balkoni.Dibuka pintu dan terasa angin malam menampar pipinya,dia masuk semula dan mengambil kardigan yang tersangkut di almari.Dia memakai kardigan  dan melangkah keluar kembali lalu duduk di kerusi yang terletak di balkoni tersebut.Kardigan berwarna merah jambu itu tidaklah terlalu tebal tapi cukup untuk menghangatkan dirinya ketika itu.Selalunya dia akan lepak di situ bersama Maisara tapi malam itu,dia ingin bersendirian.

Cheeqa merenung ke dada langit,kelihatan bintang-bintang bertaburan dan berkerlipan indah.Cheeqa berasa aman,dia teringat akan perbualannya dan Yakuza di awal perkenalan mereka dahulu."Jika awak melihat ke langit di waktu malam,apa yang awak nampak dan apa yang awak fikirkan?",tanya Yakuza.Cheeqa menelan air liur,dia tahu soalan itu terlalu mudah dan dia menjawab,"Saya nampak bintang dan suka tengok bulan,seolah-olah saya bercakap dengannya,mengingatkan perkara yang dah lepas.dan berkongsi apa yang saya tak mampu nak luahkan.Saya rasa.."Chooppp Cheeqa,see.You had an issue,seriously.Kenapa tak menikmati aja pandangan seindah tu dari awak berfikir dan bercakap yang bukan-bukan.Take it easy.Bulan tu satu dan bintang yang beribu tu ada diantaranya yang sudah mati beribu-ribu tahun yang lalu",jawab Yakuza tanpa memandang wajah Cheeqa.

"Seandainya suatu hari,ada seorang lelaki kaya ingin mengahwini awak,awak terima tak",tanya Yakuza lagi dan pantas Cheeqa menjawab,"Saya tak nak,kebanyakan lelaki kaya ni sombong dengan harta yang mereka ada,tak tahu menghargai perasaan perempuan malah ada dikelilingi ramai perempuan dan".Cheeqa terdiam,kata-katanya terhenti di situ.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.Yakuza hanya tersenyum dan bertanya lagi.

"Apa yang awak fikir bila seorang lelaki yang terlanjur dengan teman wanitanya sehingga mengandung.Di saat kandungan sudah memasuki lima minggu,wanita tadi menggugurkan kandungan tersebut kerana keluarganya menentang serta tidak yakin bahawa lelaki untuk mampu membahagiakan anaknya"."Kalau saya,saya boleh terima keadaan sebegitu sebab lelaki itu",Cheeqa terdiam lagi lalu Yakuza menyambung "No Cheeqa,you tak boleh jawab sebab you tak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan bukan you alaminya sendiri.Kita tak tahu konflik sebenar dalam hubungan mereka dan you sendiri tak yakin dengan jawapan yang you boleh terima lelaki tadi seadanya".

"So,saya ni bodoh sangat untuk awak?",Cheeqa mula beremosi."Exactly...Dan Yakuza menyambung,"Not.Apakata you apply cuti seminggu dan pergi ke tempat yang you suka just to relax.It will help a lot.Dan I yakin you balik dengan emosi yang lebih stabil".

Pap!Pap!"Ouch!".Pantas tangan Cheeqa menampar pipinya perlahan."Baru aja nak rewind kisah lama dah terbantut dek nyamuk ni",Cheeqa bermonolog sendirian.Dia bangkit dari kerusi dan mengibas-ngibas punggungnya sebelum meninggalkan balkoni tersebut.Sesekali dia menguap dan mengesat mata yang dirasakan semakin pedih.Usai menutup pintu,dia terus menuju ke katil dan terus hanyut dibuai mimpi.


Bersambung der.....TQVM

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum N Hye!!!!
Komenlah Ye...

Selalulah lepak sini erk...
MUACH!!!!

Follow by Email

Blog Archive