Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Wednesday, 1 May 2013

"Biar lantak kantoi camnepun,nafikan"...


Lokasi:IPKL @ 7.00pm
Dengar muzik diselangseli bunyi fogging.HAHAHA




   Terlalu lama tak update blog,seakan dah basi blog aku ni,apakan daya.Aku update blog ikut "hangin badan" dan ikut tahap kemalasan.Dan lani,ternyata tahap kemalasan aku kurang dan adalah citer nak dikongsi bersama para pembaca kesayanganku

CHEKIDOUT

Bagi perempuan yang single samada yang masih dara ataupun wanita tunggal beranak lima sekalipun mengimpikan lelaki yang setia dan jujur.100% jujur serta segala nak diberitahu kepada kita,iye dak perempuan sekalian???? (Angguk ajalah senang cite).Agak-agaknya berapa peratus tahap jujur lelaki kesayangan anda semua yerk???

JAWAPANNYA ialah

Lelaki ni akai kuat pusing ni ade jek..Pepatah bagi lelaki "bior lantok kantoi                   camnepun,NAFIKAN"..


Para lelaki,jangan marah na,ini kenyataan dari lelaki sendiri.Dia merupakan lelaki single yang masih mencari biarpun "short list" sudah ada tapi memilih untuk berbujang lagi,hehehehe..Aku tak kata lelaki tidak boleh dipercayai,aku juga hidup dan bekerja dikelilingi lelaki dan sure aku akan bernikah dengan "LELAKI".Cuma kadangkala PEREMPUAN mudah mengimpikan pasangan yang sempurna dalan bab kejujuran.Perkara kecil contohnya lepak dengan geng,lambat sms dan terkenyit perempuan lain pun boleh jadi punca perempuan hilang kepercayaan pada pasangan,btul tak???Aku juga perempuan yang dalam dilema yang sama,mudah percaya dan mudah curiga.. (^_*)

Kenyataannya,hati perempuan mudah dipujuk,biarpun depan muka banyak senyum tapi hati retak seribu.Sekali lelaki kantoi,perempuan akan ingat sampai bebila.Bila perempuan,hilang punca pasti akan diungkit kembali.Dan hakikatnya,ada masa dan ketika,lelaki menafikan kesalahan mereka kerana ingin menjaga hubungan dan melupuskan bukti.Niat mereka tu ada baiknya tapi lebih banyak kesan buruknya.

Kan lebih baik menghindar dan jauhkan diri dari perkara yang menyakitkan hati pasangan,jangan kerana sikap anda yang sukakan penafian,kami perempuan hilang segala kepercayaan.Tanpa kepercayaan,apalagi ertinya sebuah hubungan??

Banyak lagi perkara yang aku ingin kongsikan bersama,tapi lain post la ye..Anyway,TQVM kerana sudi membaca.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum N Hye!!!!
Komenlah Ye...

Selalulah lepak sini erk...
MUACH!!!!

Follow by Email

Blog Archive