Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Monday, 21 January 2013

Tak Seindah Impian (PART THREE)

Pantas Cheeqa berlari mendapatkan Yakuza yang sudah terduduk di tepi kereta.Kelihatannya,wajah Yakuza yang agak berpeluh dan sedikit pucat.Cheeqa merenung wajah Yakuza dengan cemas,mata Yakuza terpejam rapat seolah-olah menahan sakit yang amat sangat."Kenapa ni abang?,soal Cheeqa bertalu-talu namun Yakuza hanya membisu.Cheeqa semakin resah,dia memandang sekeliling cuba mencari jika ada kelibat yang boleh membantu dia di saat itu.Cheeqa memegang erat tangan Yakuza.Tangan Yakuza diolesnya lembut namun tiada respon,Cheeqa semakin resah."Kenapa dengan abang ni?",detik hatinya.Diramasnya lagi tangan Yakuza dan cuba membuka genggaman tangan Yakuza yang kaku.

Semakin cuba dileraikan,semakin kemas genggaman tangan Yakuza,Cheeeqa mula menitiskan airmata melihat keadaan kekasihnya ketika itu.Dioles lembut jari kekasihnya,ada sesuatu di situ.Tapak tangan Yakuza dibuka perlahan,tertulis "Will u?Plez say YEZZ" .Dengan sebentuk cincin emas putih bertakhtakan permata dengan warna yang sama,Cheeqa mengerling ke wajah Yakuza yang masih terpejam rapat.

Cheeqa mengetap gigi,amat geram disakat sebegitu rupa.Dia lantas bangun mengibas kainnya yang diselaputi pasir."NO!!!!!!",jeritnya.Yakuza yangsedari tadi kaku,terus membulatkan mata memandang Cheeqa yang sudah 'buat muka enam belas'."Kenapa?,tanya Yakuza dengan suara yang mendatar,terasa dengan jawapan yang diberikan.


P/S Alaaaaaaaa....Kita tunggu Tak Seindah Impian PART FOUR plaklah ye,terima kasih sudi membaca.

SEKIAN.TIMACIH


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum N Hye!!!!
Komenlah Ye...

Selalulah lepak sini erk...
MUACH!!!!

Follow by Email

Blog Archive