Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Tuesday, 13 August 2013

Rupa terbaru blog aku....


Sebenarnya inilah yang aku mampu buat ni ketika ni untuk blog kesayangan aku ni,sebelum ni lebih hampeh dari ni,semuanya gara-gara "galok" sangat dok tukar template sampai hudoh belake.
Template asal palk tak rajin nak save,inilah hasilnya bila xde copy dr yg asal.LETEYYY...

Friday, 9 August 2013

Cerita 1 Syawal 1434 H



Assalamualaikum semua.Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434 H.Mohon maaf seandainya ada salah serta terkasar bahasa sepanjang aku berblogger ni.


Aku ingin kongsikan beberapa gambar sepanjang aku berada di rumah di Pekan,Pahang bersama dengan anak-anak serta keluarga yang tercinta pada 1 Syawal.

..CHEKIDOUT..

Seperti tahun yang sebelumnya,lontong ibarat menu wajib di hari raya pertama.SIYES,aku akui inilah antara juadah feveret aku sebagai menu di pagi raya.Tapi bukan aku yang masak.Umi aku selaku tukang masak utama dan aku adalah tukang makan no.1.YEYYY... (",)

Ini gambar anak-anak aku.Pakaian ditaja sepenuhnya oleh Poket Mama Sdn.Bhd.

Manisnya dia manyak senyum...Hehehehehe...


Ini gambar aku bersama Sofia.

TWO HANDSOME BOYS in my house!!Penyeri rumah aku ni.Very cute and active.Awesome boys.

Ini pula gambar Sofia dengan mak aku pada petang Syawal.Aku tak berkesempatan beraya dengan dia tapi aku berkesempatan bersama dengan anak-anak dan umi ke sana di Ramadhan terakhir.Gambar ni di snap oleh Schu.TQVM


NOTE:Aku hanya berkesempatan beraya bersama family aku sehingga tengahari kerana selepas itu aku pergi ke KL.Hanya orang yang bekerja di hari raya yang akan faham perasaan aku ketika tu.Tapi apa yang pasti,aku lebih menghargai saat aku bersama family dari terus memikirkan nasib bekerja di hari raya.SEBABNYA,semakin kita merungut bermakna kita makin kurang bersyukur.Semakin kita kurang bersyukur,kita makin kufur dan apa yang kita buat,pahala dan keberkatannya akan semakin lebur.Apa yang aku harapkan hanya doa dan keredhaan agar aku bisa bekerja dalam keadaan yang lebih tenang.

"YA ALLAH,kau berikanlah ketenangan dan kemudahan dalam kami melakukan tugas seharian serta berkatilah rezeki yang kami dapat.AAMIIN."

Sepanjang perjalanan,lebih mudah jika singgal di stesen minyak untuk membeli makanan sebagai mengalas perut.Di 1 Syawal,aku tidak mahu trajedi berulang alik ke bilik air semata-mata tergoda dek juadah istimewa.Hehehehehehe.So aku hanya membeli roti,maggi cup sebagai stok lapar.Hehehehehehe.Yang penting ada MILO..

Sebenarnya ada banyak lagi gambar sempena 1 Syawal tapi apa yang aku kongsikan di blog ini hanya dari handphone aku sahaja.Aku belum berkesempatan lagi nak sharekan yang lain.In Sya Allah pada masa yang akan datang ye.

Di kesempatan ini juga,aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada saudara mara yang balik beraya.Kehadiran kalian memeriahkan lagi suasana di hari raya.BIG REUNION!!Walaupun aku tak berkesempatan berjumpa dengan yang lain namun kehadiran kalian semua membawa 1000 kegembiraan dan kemeriahan.

MERIAH!!!!!!!!

P/S:Memana gambar den dalam kamera tu,sudikanlah share di fesbuk ye...Hahahahaha...

AKU BELUM BERAYA DI ROMPIN LAGI!!!!RINDU WOO..

SEKIAN.TIMACIH



Sunday, 4 August 2013

Cerita Satu Pagi....

Aku benci dengan perasaan aku sekarang ni...Terkejut dan mula berfikir seribu satu macam semata-mata bunyi dari lif makanan sebelah aku ni.OWH!!!Adat menumpang wifi FREE macam nilah,hehehehehe..Broadband aku??(Aku merajuk dengan dia sampai dua bulan aku tak bayar bil)..Hik.Hik.Hik..

Time cenggini juga,perasaan takut bercampur dengan perasaan rindu.Eh..RINDU ke??Awak jangan nak perasan sangat,typo jer..Bukan rindu tapi terkenang.Terkenang pada sidia yang "pernah" singgah di hati ni la..Perpisahan tu adakalanya sangat INDAH untuk dikenang.Jangan nak sentap plak,apa yang aku tulis ni bukan bermakna aku harapkan hubungan tu bertaut semula.Tak sampai ke situ wok...

Orang yang sudah tido dahpun berjaga semula.Apalagi yang aku nak ceritakan lagi.Apalagi time cenggini...

Udoh-udoh le tu.

Ralit jangan sampai tak bersahur nanti pagi,hehehehehe...

Xde motif sekadar bercerita satu pagi

SEKIAN.TIMACIH

Thursday, 18 July 2013

Rindu gilak...

Lama sungguh rasanya tak menjenguk blog kesayangan aku ni.Bz bebenor apatah lagi Mr.Lappy tidak ada bersama.

Tapi lepaskan jua gian ni walopun hanya menggunakan BlackBerry aja.Janji hapdet suda.

Alhamdulillah,semoga muslimin dan muslimat sekalian tabah di sepanjang Ramadhan.








Saturday, 1 June 2013

Pahang VS JDT (Bila aku tonton bola)


SIYES,aku bukanlah peminat soccer tegar cuma malam ni,aku rasa seram sejuk menonton perlawanan bola sepak antara pasukan Pahang vs pasukan JDT.


Sambil tonton sambil ber"pesbuk"
Aku ber"facebola"

P/S:Makian dan kejian tidak dibenarkan.CHILLAX untuk semua yang menonton dan selamat ber'online' dengan post yang sopan...

OWH...Yeah..


Thursday, 30 May 2013

Tak Seindah Impian (PART EIGHT)

Cheeqa bangkit dari katil menuju ke tingkap,dia melihat ke dada langit yang terbentang kemudian dia berjalan pula ke pintu yang menuju ke balkoni.Dibuka pintu dan terasa angin malam menampar pipinya,dia masuk semula dan mengambil kardigan yang tersangkut di almari.Dia memakai kardigan  dan melangkah keluar kembali lalu duduk di kerusi yang terletak di balkoni tersebut.Kardigan berwarna merah jambu itu tidaklah terlalu tebal tapi cukup untuk menghangatkan dirinya ketika itu.Selalunya dia akan lepak di situ bersama Maisara tapi malam itu,dia ingin bersendirian.

Cheeqa merenung ke dada langit,kelihatan bintang-bintang bertaburan dan berkerlipan indah.Cheeqa berasa aman,dia teringat akan perbualannya dan Yakuza di awal perkenalan mereka dahulu."Jika awak melihat ke langit di waktu malam,apa yang awak nampak dan apa yang awak fikirkan?",tanya Yakuza.Cheeqa menelan air liur,dia tahu soalan itu terlalu mudah dan dia menjawab,"Saya nampak bintang dan suka tengok bulan,seolah-olah saya bercakap dengannya,mengingatkan perkara yang dah lepas.dan berkongsi apa yang saya tak mampu nak luahkan.Saya rasa.."Chooppp Cheeqa,see.You had an issue,seriously.Kenapa tak menikmati aja pandangan seindah tu dari awak berfikir dan bercakap yang bukan-bukan.Take it easy.Bulan tu satu dan bintang yang beribu tu ada diantaranya yang sudah mati beribu-ribu tahun yang lalu",jawab Yakuza tanpa memandang wajah Cheeqa.

"Seandainya suatu hari,ada seorang lelaki kaya ingin mengahwini awak,awak terima tak",tanya Yakuza lagi dan pantas Cheeqa menjawab,"Saya tak nak,kebanyakan lelaki kaya ni sombong dengan harta yang mereka ada,tak tahu menghargai perasaan perempuan malah ada dikelilingi ramai perempuan dan".Cheeqa terdiam,kata-katanya terhenti di situ.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.Yakuza hanya tersenyum dan bertanya lagi.

"Apa yang awak fikir bila seorang lelaki yang terlanjur dengan teman wanitanya sehingga mengandung.Di saat kandungan sudah memasuki lima minggu,wanita tadi menggugurkan kandungan tersebut kerana keluarganya menentang serta tidak yakin bahawa lelaki untuk mampu membahagiakan anaknya"."Kalau saya,saya boleh terima keadaan sebegitu sebab lelaki itu",Cheeqa terdiam lagi lalu Yakuza menyambung "No Cheeqa,you tak boleh jawab sebab you tak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan bukan you alaminya sendiri.Kita tak tahu konflik sebenar dalam hubungan mereka dan you sendiri tak yakin dengan jawapan yang you boleh terima lelaki tadi seadanya".

"So,saya ni bodoh sangat untuk awak?",Cheeqa mula beremosi."Exactly...Dan Yakuza menyambung,"Not.Apakata you apply cuti seminggu dan pergi ke tempat yang you suka just to relax.It will help a lot.Dan I yakin you balik dengan emosi yang lebih stabil".

Pap!Pap!"Ouch!".Pantas tangan Cheeqa menampar pipinya perlahan."Baru aja nak rewind kisah lama dah terbantut dek nyamuk ni",Cheeqa bermonolog sendirian.Dia bangkit dari kerusi dan mengibas-ngibas punggungnya sebelum meninggalkan balkoni tersebut.Sesekali dia menguap dan mengesat mata yang dirasakan semakin pedih.Usai menutup pintu,dia terus menuju ke katil dan terus hanyut dibuai mimpi.


Bersambung der.....TQVM

Monday, 27 May 2013

I'M DONE....


Apalagi nak dikata
Aku dah tak peduli apa

Apa yang kau nak lagi?
Peluang beribu dah ku beri

Lain kali aku tak hingin lagi
Buang masa
Rugi owh rugi saja

Sampai bebila takkan berdamai

Aku doh tok rok chetong
I'M DONE

P/S:Nyanyi ala-ala lagu Apa Nak Dikata XPDC erk.. (^_*)

Tak Seindah Impian (PART SEVEN)

"Cheeqa oit",Maisara memanggil sahabatnya,Cheeqa yang kelihatan ralit merenung gambar dari album pertunangannya yang berlangsung seminggu lepas."Hoi!Cik Rasyiqah Fadlah binti Mohd Fadlan!",jerit Maisara yang membuatkan Cheeqa tersentak."Ha!,Sebut nama penuh baru dengar erk!Kau berangan ke Cheeqa",soal Maisara sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihatkan perilaku Cheeqa.Cheeqa hanya tergelak kecil sambil menyerahkan album kepada Maisara."Cantik sangat dan sejuk mata aku memandang wajah bakal ayah mertua kau Sara,hehehehehe"."Hoi,melampau kau erk."jawab Maisara seraya tangannya mencubit pipi Cheeqa.

"Cheeqa,boleh aku tau,kenapa kau tolak lamaran Yakuza?Korangkan dah lama berkawan?",soal Maisara sambil memasukkan album pertunangannya ke dalam beg kertas.Dia membawa album tersebut dari kampung ke rumah sewa mereka untuk ditunjukkan kepada Cheeqa.Cheeqa tidak  hadir kerana menghadiri mesyuarat di selatan tanah air.Johan dan Maisara  pernah bercinta ketika mereka sama-sama menuntut di sekolah menengah dan terpisah setelah masing-masing melanjutkan pelajaran ke universiti berbeza.Takdir menemukan mereka semula di Majlis Reunion Ex SMKR di tahun 2010 dan bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.

"Penting ke aku jawab atau aku boleh jawab esok aja",dalih Cheeqa."Kalau kau anggap aku ni sebagai BFF kau,aku nakkan jawapan sekarang",jawab Maisara sambil merebahkan badannya berbaring di sofa.Cheeqa termenung seketika sebelum memandang tepat ke wajah Maisara dan berkata "Aku tak yakin dengan dia".Maisara yang sedang berbaring tadi melompat sambil menjengilkan matanya ke arah Cheeqa."Are you out of your mind Cheeqa?Kau sudah dua tahun bercinta dengan dia then hari ini baru kau fikir yang kau tak yakin dengan hubungan ni?Kawan aku ni dah gila agaknya".

"Kau cakaplah apa kau nak cakap,aku nak naik atas.Nak mandi,solat dan tidur awal",jawab Cheeqa sambil bingkas bangun meninggalkan Maisara di ruang tamu rumah sewa mereka.Cheeqa melangkah laju menuju ke bilik tidurnya yang terletak di tingkat atas.Dia dan Maisara sudah dua tahun menyewa di situ bersama dengan dua orang lagi penyewa lain.Izara dan Puteri jarang berada di rumah sewa kerana tuntutan kerja mereka yang banyak bertugas ke luar daerah.

Usai mandi dan solat,Cheeqa berbaring di katil sambil melihat gambar dia bersama Yakuza ketika mereka meraikan majlis hari jadi anak saudara Yakuza yang ketika itu baru berusia dua tahun.Dia dilayan begitu mesra oleh seluruh ahli keluarga Yakuza terutama ibunya yang merestui hubungan mereka.Semua melihat dan menganggap mereka sebagai pasangan yang sempurna tapi Cheeqa merasa sebaliknya.


TO BE CONTINUE,love yeaaaa....
(^_*)

Tuesday, 21 May 2013

Tak Seindah Impian (PART SIX)

Cheeqa bingkas bangun dan menolak kerusinya dengan kasar,sempat Yakuza menarik tangan kekasihnya kemas."Please Cheeqa,jangan macam ni,I'm so sorry",kata Yakuza cuba memujuk.Cheeqa diam dan hanya menurut.Suasana kembali sepi sekalipun ada mata yang menjeling seolah-olah ingin drama sebabak bersambung lagi.Yakuza memicit kepala yang sedikit pening,Cheeqa hanya menunduk terdiam seribu bahasa.Kelihatan pelayan restoren datang bersama makanan dan minuman yang mereka order,sayang sekali seleranya sudah mati.

"Terima kasih",ucap Yakuza cuba memaniskan muka pada pekerja yang menghantar pesanan.Yakuza melirik sekilas pada wajah Cheeqa yang masam mencuka."Tak baik bermasam muka depan rezeki,kalau tak nak makan apa-apa,minumlah jus tu",seraya tangannya menghulurkan gelas minuman kepada Cheeqa.Yakuza berasa sedikit lega pabila melihat hulurannya bersambut."Lapar",kata Cheeqa sepatah sambil tangannya laju mengambil Nasi Goreng Santai dan disuap laju tanpa memandang ke arah Yakuza.Yakuza hanya tersenyum melihat gelagat kekasihnya itu.

"BURP!!!!,Erk!..",Cheeqa menekup mulutnya.Wajahnya bertukar merah menahan malu manakala Yakuza hanya membulatkan mata terkejut dengan gelagat Cheeqa.Terdengar ketawa halus dari meja yang terdekat,pasti gelagat Cheeqa tadi menarik perhatian pengunjung yang duduk berdekatan dengan mereka.Mana tidaknya,suasana yang sepi dengan alunan muzik perlahan tiba-tiba dihadiahkan "sendawa power" dari si gadis yang merajuk tadi."Sorry,tak sengaja,tadi lapar sangat dan now kenyang sangat-sangat",ujar Cheeqa sambil buat muka seposen.

"It's okay,jomlah kita balik",ujar Yakuza sambil sebelah tangannya melambai ke arah pekerja yang berdiri berdekatan."Semua RM25.60 sen bang".Yakuza mengeluarkan duit dari dompetnya dan menghulurkannya pada pekerja tersebut.Cheeqa sempat melirik ke arah dompet Yakuza dan dia menjerit kecil apabila melihat sekeping gambar berukuran pasport.Gambar seorang gadis perempuan yang memakai cermin mata dan tersengih sehingga menampakkan bracesnya.Bukan itu sahaja,malah potongan rambut bang,gadis itu kelihatan seperti Marni lakonan Kristen Bell dalam You Again bezanya Marni mengalami masalah jerawat dan Cheeqa bersyukur memiliki kulit yang mulus.Yang pasti dia benci melihat dirinya dalam gambar itu dan kini Yakuza pula yang menyimpan tanpa pengetahuannya.

"ARGHHH!",Kenapa simpan gambar tu?",tanya Cheeqa geram."This is so precious dan inikan gambar you yang asli,hehehehehehe.Bukan senang nak dapatkan gambar ni",jawab Yakuza sambil tersengih."Jangan terfikir nak ambil balik gambar ni tau",kata Yakuza sambil mengenyitkan sebelah matanya kepada Cheeqa.Dan Cheeqa hanya menunjukkan ketidakpuasan hati dengan mulut muncungnya.



AKAN BERSAMBUNG,Jangan Marah Na.... (^_*)

Thursday, 2 May 2013

Tak Seindah Impian (PART FIVE)

Suasana di Restoren Santai kelihatan tenang,angin bersepoi-sepoi bahasa mendamaikan lagi suasana.Pengunjung juga kelihatan berselera menikmati hidangan lazat dengan suasana yang begitu tenang sekali.Kelihatan  pasangan muda ralit bersama anak kecil mereka yang lingkungan usia setahun lebih,si ibu tidak putus asa cuba menyuapkan makanan pada si kecil manakala si ayah tekun menikmati makanannya sendiri."Kita nak duduk di mana ni?Di dalam atau di luar sahaja?",tanya Yakuza.Cheeqa tidak menjawab sebaliknya hanya memuncungkan bibir ke arah tempat duduk di pondok yang berdekatan dengan jambatan di restoren itu."Jom,lapar sangat dah ni",kata Cheeqa sambil mengusap-ngusap perutnya,dia tidak pernah berasa segan menunjukkan perilaku 'slumbernya' itu kepada sesiapapun dan Yakuza sudah maklum perihal kekasihnya itu.

Cheeqa menongkat dagu memandang Yakuza yang membelek menu makanan di situ."Dik,nak order ye,"kata Yakuza sambil melambaikan tangan pada salah seorang pekerja di situ."Saya nak Nasi Goreng Santai dan fresh orange,and you sayang,nak makan apa?",Yakuza bertanya tanpa memandang Cheeqa."Hmmmmmmm.....",Saya nak lasagna dan epal jus ye",jawab Cheeqa memandang tepat ke arah pelayan yang ralit mencatit pesanan,pelayan tu mengangguk perlahan tanda faham dan beredar.

Cheeqa memandang ke arah pasangan muda tadi,kelihatan si ayah pula menimang si kecil yang galak ketawa dan giliran si ibu pula menikmati makanannya.Tiba-tiba nyaring kedengaran telefon bimbit Yakuza berbunyi dan pantas Yakuza menekan punat merah.Dia tidak mahu menjawab panggilan tersebut apalagi ketika berada di samping Cheeqa.Cheeqa hanya merenung tajam ke arah Yakuza,"Kenapa reject call?Kekasih lama muncul kembali atau awek yang baru kenal malam tadi??,sindir Cheeqa."Tak penting",bidas Yakuza pendek seraya mematikan terus bold miliknya itu.Dia juga tidak mahu pemanggil tadi terus menelefon apalagi ketika dia berada di samping Cheeqa.

"Kenapa diam?Ada apa-apa yang sayang tak tahu ke atau memang sayang tak layak nak tahu?",tanya Cheeqa sedikit emosi.Yakuza mengangkat muka seraya merenung ke wajah mulus Cheeqa,"Please,janganlah macam ni sayang,panggilan tu tak penting pun.Hurm,itupun makanan kita sudah sampai",kata Yakuza cuba mengubah topik perbualan."Maaf cik,lasagna ada tapi baru masak,dalam pukul lapan baru kita serve,kalau serve sekarang,ianya terlalu lembik.Nak tunggu atau cik nak cuba makanan lain?",laju si pelayan memberikan penerangan pada mereka sambil menghulurkan menu pada Cheeqa."Nope,it's ok",jawab Cheeqa laju sambil memulangkan kembali menu tersebut,"Maaf ya cik",jawab si pelayan sambil berlalu.

"Tadi cakap lapar sangat,sayang boleh cuba makanan lain juga,semua menu kat sini sedap",kata Yakuza."Hilang selera dah",jawab Cheeqa pendek."Siapa yang call tadi dan dia ke girlfriend baru tu?',tanya Cheeqa yang mula bergenang airmatanya."Cheeqa please,jangan nak buat drama airmata dekat sini",kata Yakuza dengan suara yang bergetar menahan marah."I cuma reject call aja bukan I bunuh sesiapapun,yang you nak menangis bagai ni kenapa?",keras suara Yakuza.



WHAT HAPPEN NEXT??Tunggu and sabaq na...TQVM

Wednesday, 1 May 2013

"Biar lantak kantoi camnepun,nafikan"...


Lokasi:IPKL @ 7.00pm
Dengar muzik diselangseli bunyi fogging.HAHAHA




   Terlalu lama tak update blog,seakan dah basi blog aku ni,apakan daya.Aku update blog ikut "hangin badan" dan ikut tahap kemalasan.Dan lani,ternyata tahap kemalasan aku kurang dan adalah citer nak dikongsi bersama para pembaca kesayanganku

CHEKIDOUT

Bagi perempuan yang single samada yang masih dara ataupun wanita tunggal beranak lima sekalipun mengimpikan lelaki yang setia dan jujur.100% jujur serta segala nak diberitahu kepada kita,iye dak perempuan sekalian???? (Angguk ajalah senang cite).Agak-agaknya berapa peratus tahap jujur lelaki kesayangan anda semua yerk???

JAWAPANNYA ialah

Lelaki ni akai kuat pusing ni ade jek..Pepatah bagi lelaki "bior lantok kantoi                   camnepun,NAFIKAN"..


Para lelaki,jangan marah na,ini kenyataan dari lelaki sendiri.Dia merupakan lelaki single yang masih mencari biarpun "short list" sudah ada tapi memilih untuk berbujang lagi,hehehehe..Aku tak kata lelaki tidak boleh dipercayai,aku juga hidup dan bekerja dikelilingi lelaki dan sure aku akan bernikah dengan "LELAKI".Cuma kadangkala PEREMPUAN mudah mengimpikan pasangan yang sempurna dalan bab kejujuran.Perkara kecil contohnya lepak dengan geng,lambat sms dan terkenyit perempuan lain pun boleh jadi punca perempuan hilang kepercayaan pada pasangan,btul tak???Aku juga perempuan yang dalam dilema yang sama,mudah percaya dan mudah curiga.. (^_*)

Kenyataannya,hati perempuan mudah dipujuk,biarpun depan muka banyak senyum tapi hati retak seribu.Sekali lelaki kantoi,perempuan akan ingat sampai bebila.Bila perempuan,hilang punca pasti akan diungkit kembali.Dan hakikatnya,ada masa dan ketika,lelaki menafikan kesalahan mereka kerana ingin menjaga hubungan dan melupuskan bukti.Niat mereka tu ada baiknya tapi lebih banyak kesan buruknya.

Kan lebih baik menghindar dan jauhkan diri dari perkara yang menyakitkan hati pasangan,jangan kerana sikap anda yang sukakan penafian,kami perempuan hilang segala kepercayaan.Tanpa kepercayaan,apalagi ertinya sebuah hubungan??

Banyak lagi perkara yang aku ingin kongsikan bersama,tapi lain post la ye..Anyway,TQVM kerana sudi membaca.

Wednesday, 17 April 2013

Cerita yang tertangguh...

Terlalu lama Tak Seindah Impian terbengkalai.Alahai,baru ja pasang niat nak update part kelima,nampak gayanya tertangguh lagi dek jari yang dibuli gadget pinjam ni.

SO,Apa topik untuk malam ni ye..?

Teringatkan perbualan dengan seorang teman lama.Ingin dikongsi namun jari masih dibuli lagi dek gadget pinjam ni.

"Something they hiding not to be found yet..And everything settle down barulah muncul",Mr.T
Kita panggil dia Mr.T 
Hehehehe.....

HURMMMMM

Sambung lain kali na.

Apapun tak boleh..









Tuesday, 12 February 2013

Pekena sata dan otak-otak di Pantai Bernas.

Harini aku,umi,Nurul dan Sofia ke kampung Pantai Bernas pekena sata dan otak-otak yang diuar-uarkan femes sangat tu.Walaupun aku anak jati Rompin tapi inilah pertama kali aku pergi ke sana semata-mata nak rasa sendiri 'kelazatannya'.
Dengan harga RM2 untuk lima sata atau otak-otak.Dihidangkan panas,PERGHHHH!!!Berasap.
ALHAMDULILLAH,usai makan,kami anak beranak 'walk and randomly snap' sekitar jeti berdekatan.

..CHEKIDOUT..

*SEMUA GAMBAR DIBAWAH TIDAK DIEDIT DAN HANYA LETAK WATERMARK*


 







JOMMMM,balik..


                      Sempat lagi ronda depan Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin Permai

..TATA..

..SEKIAN.TIMACIH..






Follow by Email

Blog Archive