Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Thursday, 13 September 2012

UPSR owh UPSR..


Sejak peperiksaan UPSR bermula 11hb September kelmarin hingga harini hari terakhir dengan paper Sains dan B.Inggeris harini,aku akui aku rasa agak gugup kerana puteri sulungku juga termasuk dalam calon yang mengambil peperiksaan UPSR tahun ni.

"Salam mama.Maafkan Lu dan doakan Lu maa",mesej pendek ku terima dari si Nurul
"I'm okay mama",itu jawapan pendek dia tiapkali aku bertanya.Dia lebih cool dari mamanya ni,hehehehe.Dia cuma rasa gugup pada hari pertama kerana pengalaman pertama memasuki dewan untuk peperiksaan terpenting di usianya and the rest is "just fine,mama".

 Sepanjang tiga hari terpenting ni,tumpuan lebih diberikan pada si kakak hinggakan si adik 'mengingatkan kami bahawa dia adalah si bongsu dan patut dapat kasih sayang dan perhatian yang lebih banyak'.Hurm alahai si Sofia bulat mama ni,kakak bz dengan UPSR pun,sempat lagi dia nak protes.Tapi rajuk Sofia tak lama,ralit bermain hilanglah rajuknya tu..(^_*)

Apapun,mama doakan anak-anak mama ni berjaya dan menjadi anak yang solehah.Kasih sayang mama untuk kalian berdua hingga ke hujung nyawa.Love and miss you always..

Wednesday, 12 September 2012

Tak Seindah Impian (PART TWO)

"Sabarlah Cheeqa,mungkin dia perlukan masa untuk bersendiri.Makin kau paksa dia,makin dia menjauhkan diri",kata Nadia cuba meyakinkan Cheeqa.Cheeqa merenung keluar,hujan yang lebat mencurah ibarat airmatanya yang tidak berhenti mengalir."Kalau dia ada masalah atau dah tak suka pada aku,terus terang lebih naik dari seksa perasaan aku dengan berdiam diri macam ni,kau pun taukan macamana aku tak sakit hati,dah berapa kali aku terima panggilan dan sms dari perempuan yang mengaku dia tu kekasih baru Yakuza.At least,berterus terang dengan aku bukan terus menerus membiarkan aku tertanya-tanya macam ni,tak adil untuk aku.Kalau dulu dia gentle ajak aku couple so be gentle la kalau nak putuskan hubungan".Cheeqa terdiam membungkam di katilnya dan Nadia yang sedari tadi hanya mendengar dengan tenang,dia simpati dengan Cheeqa tapi dia yakin,apa yang berlaku pasti ada alasan di sebaliknya.

"Cheeqa,Jom,kita keluar.Sudah lama kita tak keluar bersama,abang minta maaf banyak menyakitkan hati sayang dan kini abang akui,Cheeqa adalah cinta abang yang terakhir".Yakuza meramas lembut jemari Cheeqa,dia sedar dia telah melukakan hati Cheeqa dan kini dia tidak mahu kehilangan gadis itu lagi.Cheeqa merenung wajah Yakuza,walaupun jejaka itu pernah menyakiti hatinya tapi dia masih bisa menerima dan memaafkan dia kerana Yakuza adalah cinta pertama dan biarlah dia juga menjadi yang terakhir untuknya.Mereka berdua berjalan menyusuri pantai Cherating,suasana yang tenang seolah-olah meraikan 'perdamaian' antara keduanya.

"Sayang,jom kita balik,hari dah petang.Orang pun dah makin kurang ni",kata Yakuza sambil tangannya pantas mengibas pasir yang melekat di seluar.Cheeqa hanya menurut sambil melakukan perkara yang sama.Mereka berjalan beiringan menuju ke kereta,"Terima kasih kerana sudi memaafkan abang walaupun abang dah lukakan hati sayang dan terima kasih sudi meluangkan masa untuk abang,harini abang gembira sangat dan inilah hari yang paling membahagiakan",kata Yakuza sambil menggenggam erat tangan kekasihnya seolah-olah tidak mahu dilepaskan lagi."Ala abang ni,esok kita boleh jumpa lagi,bukan jauh pun jarak tempat kerja kita berdua,"kata Cheeqa sambil tersenyum melihat Yakuza yang kelihatan kebingungan.Sampai di kereta,Yakuza pantas menyeluk poket seluar untuk mengeluarkan kunci,tiba-tiba,..."Ya Allah,.Cheeqa...tolong'...


P/S Apa yang terjadi pada Yakuza..Nak tau tunggula Tak Seindah Impian PART THREE..
~peace~

..SEKIAN.TIMACIH.. 

Follow by Email

Blog Archive