Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Monday, 3 September 2012

Tak Seindah Impian (PART ONE)


Cheeqa termenung jauh,sesekali bergenang airmatanya mengenangkan sikap teman lelakinya,Yakuza.Panggilan telefon dari seorang perempuan yang mengaku rapat dengan Yakuza membuatkan luka di hatinya makin parah.Luka di jari nampak darahnya,luka di hati???Cheeqa membebel sendirian.Cheeqa merenung ke luar rumah,sekumpulan kanak-kanak galak bermain,"Arghhh...Senang jadi budak,tak payah nak hadapi banyak masalah dalam hidup,tak payah nangis kecuali nakkan aiskrim dan gula-gula dua posen",Cheeqa mengetap bibir,cuba menahan amarah di hati."ARGHH!!!!Geram!!!",Cheeqa menjerit kuat,kanak-kanak yang galak bermain terdiam sekaligus serentak memandang ke arahnya,Cheeqa menjeling tajam.Kanak-kanak memasing menikus lantas meninggalkan halaman,senyap sepi.Sesepi hati Cheeqa.

"Nombor yang anda dail berada di luar kawasan,sila",Cheeqa pantas menekan punat merah di telefon bimbitnya."Tak guna kalau tinggalkan pesanan suara,dia pasti sibuk melayan perempuan lain,hati Cheeqa berbisik.Yakuza berubah sekelip mata,jika selama ini,Cheeqa adalah insan yang bertakhta di hati,kini semuanya tidak seindah impian.Perubahan Yakuza membuatkan Cheeqa kehilangan punca.Tiada alasan dan punca,Yakuza sepi tanpa berita.Cheeqa sudah letih tapi dia benar-benar sayangkan Yakuza,dia cuba bersabar dengan kesabaran yang sekelumit cuma.

Cheeqa benar-benar bosan,jika dulu boleh dikatakan setiap hujung minggu,dia akan berjumpa kekasih hati,tapi kini dia bersendiri.Hendak keluar bersama teman yang lain,semua sibuk berkepit dengan teman memasing,takkan dia nak kacau daun pula.Cheeqa terpandang kotak di atas almari,pantas dicapainya,dibuka perlahan kotak yang sudah berhabuk,dia tersenyum sumbing.Semua pemberian Yakuza ada di dalamnya,Cheeqa membelek surat pertama yang diterima,lusuh tapi bermakna.Dibaca perlahan.


Assalamualaikum.
Saya tak reti nak menyusun kata.Senang cite,saya dah terpikat dengan awak.Sudi tak awak jadi spesel girlfriend saya??Just say "YES".....Plezzz...

Yakuza bukan Yakult ye..(^_*)

Cheeqa tersenyum kemudian perlahan jarinya menyeka airmata yang mengalir."Adakah kerana dia mudah menerima cinta Yakuza dan semudah itu juga dia ditinggalkan??Tapi kenapa??Berikanlah alasan",Cheeqa mengeluh perlahan.




P/S:Apa yang terjadi pada Cheeqa dan kenapa Yakuza dingin terhadapnya?Nak tau sabarlah ye,esok kita sambung cerita... (^_*)

..SEKIAN.TIMACIH..

Follow by Email

Blog Archive