Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Monday, 9 July 2012

Hidop Si Bermuka-muka...

COMEL tak gambar di atas???#Gambar ni cuma C&P dari blog lain ya tapi inilah rupa sebenar "Si Bermuka-muka"

I HATE SI BERMUKA-MUKA

Nak tulis entri kali ni aje,membara rasa di jiwa tapi sabor ajelah.Kalau bagi muka atau muka buku,tahan lagi,tapi berhadapan dengan Si Bermuka-muka ni,hidup aku jadi tertonggeng dibuatnya.Si Bermuka-muka yang aku maksudkan ini ialah SI TALAM DUA MUKA iaitu seseorang yang berpura-pura baik dengan kedua-dua belah pihak yang bermusuhan tapi sebenarnya dialah yang melaga-lagakan mereka.

"Sidia cakap pada si A yang sidia sudah tidak mahu campur hal di antara si A dan si B.Hilang aja si A dari pandangan mata,terus sidia kol si B mengadu perihal si A.Memang base setan".

Hai Si Bermuka-muka,dialog di atas adalah dialog benar disertai dengan makian ditujukan khas untuk orang seperti anda..

Apa yang kau dapat sebagai Si Bermuka-muka???Adakah cukup dengan kepuasan apabila melihat dua belah pihak yang bertelagah berpunca dari sikap kau yang melaga-lagakan mereka???HURMM,mungkinkah kau sebenarnya cemburu melihat hubungan kedua belah pihak yang rapat sebelum ni dan kau jadi batu api di antara mereka sehingga ada yang bermasam muka,tidak bertegur sapa malah menjadi musuh yang nyata.

Apa yang kau mahu sebenarnya???Jangan kau ingat,kau akan terus berasa tenang dan puas dengan apa yang sudah kau lakukan.Lambat atau cepat,tembelang kau tu pasti pecah juga.
Aku tahu kau memang begitu,bermuka-muka,berplastik-plastik dan berbakul-bakul sumpah seranah yang kau akan terima kemuadiannya.

JADI,sebelum kau xtau mane nak sorok muka,ada baiknya kau ubah perangai kau tu.Takkan aman hidop Si Bermuka-muka ni,INGATLAH.

P/S:Entri ni khas untuk SI bermuka-muka juga peringatan untuk diri sendiri dan semua orang.Berfikirlah sebelum berkata dan berbuat sesuatu apalagi sehingga memecah belahkan hubungan banyak pihak,BERDOSA TAU..

SEKIAN.TIMACIH

Follow by Email

Blog Archive