Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Saturday, 16 June 2012

BLOG AKU,beza dulu dan skunk...



Entri aku kalini pasai BLOG AKU,beza dulu dan skunk
P/S:Boleh klik sini untuk jenguk  BLOG LAMA AKU atau BLOG BARU AKU

..CHEKIDOUT..

Ini header lama aku,edit semata-mata ni..
WELCOME TO MY SPACE.Wallah..Time ni memang jadi blogger yang tatau pepe,orang ada blog,kita ikut jew...(^_*)

Ini header yang terbaru,sudah belajar bermesra dengan adobe photoshop,tapi belum tahap mahir lagi..
Apapun,xdop usaha dop jadi mende,guane gamok???
(^_^)

Ini shoutbox untuk blog lama aku,dah x berfungsi dah pon...

Untuk blog baru,aku ada cbox dan jugak Fibox
Senang nak jejak blogger yang sudi ke blog aku.BW n polow...
Tiada paksaan tapi mengharap ni....(^_*)

 Dulu aku akui,kurang faham dengan fungsi BW(blog walking),aku fikir bila aku ada blog,aku ada follower.Inilah hasilnya,cuma berapa kerat aja yang singgah dan follow....Huhuhu....

Sekarang,alhamdulillah...Bila kita rajin BW,tinggal jejak,mengomen di entry blog lain dan follow blogger lain,maka bertambah jugaklah follower di blog aku ni,...OK LA TU..Timacih sumer...(^_*)

Dulu,aku pakai MIXPOD,memang banyak lagu arrrr...Hehehehe..Tapi di blog baru,aku cuma pilh satu lagu jew,tupun da x bunyi da,,(sindrom mim alif lam sim) nak tukar lagu...:)


HURM...Dan dengan label yang ada,lebih mudah untuk pembaca memilih mana-mana entri yang teringin dibaca...
Hurm...Apapun aku sayunk blog aku....
SEKAIN.TIMACIH

Wednesday, 13 June 2012

SEGMEN JOM BIKIN FILEM Bersama Mak Dara

FUHhhhhhh....Berdebar rasanya pertama kali join SEGMEN JOM BIKIN FILEM Bersama Mak Dara ni..Selama ni setakat mengintai ke bicaramakdara.com adalah tapi nilah pertama kalinya join segmen macam ni..Segan ada,excited pun iye jugak.Apapun,thanks Maka Dara berjaya membuatkan saya terpengaruh sama untuk segmen yang....PERGH...Uat saya rase,segar semula..Hehehe..


Filem ini diadaptasi dari novel yang bertajuk "Di manakah Cinta" karya novelis terkenal  iaitu,Themoonshadowz.Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Azzuera(Themoonshadowz) yang sudah nekad bahawa tidak akan berdating dengan mana-mana lelaki setelah kecewa dengan Kamal(Jamal Adli) dan  Ding Dong(Pierre Andrew).Beliau pulang ke kampung halamannya di Rompin,Pahang dan nekad untuk tiada temujanji lagi.

Namun peristiwa terlibat dengan pergaduhan berebutkan daging kambing di sebuah pasaraya dengan seorang pemuda yang digelar Mr.Bebeng(pelakon baru) telah membuatkan Azzuera mula sedar yang dia mula jatuh hati pada pemuda itu.

Apakah yang akan berlaku di antara Azzuera dan Mr.Bebeng...Adakah dia akan bersama dengan pemuda tersebut dan melupuskan "tiada temujanji" atau adakah dia akan kekal dengan janji "tiada temujanji".SAKSIKAN DI PAWAGAM BERDEKATAN..



P/S:Mak Dara....Adake orang nak tonton filem saya ni erk????
Dan terima kasih dengan segmen bernas ni...
Sayunk Mak Dara dan semua ...
..MUACH..

SEKIAN.TIMACIH

Sejauhmanakah sidia jujur dengan anda??


Pagi ni aku terbaca tentang topik "Adakah sidia jujur?"Antara jawapan yang diberi adalah:
1)Memang jujur
2)So far so good
3)Adakah kita jujur?(soalan yang diberi soalan)
 Dan aku jawab,"Sidia adalah lelaki yang  jujur dan matanya sangat jujur ketika mengerling pada perempuan lain"...
X dapat piwweett,ngerling pon,boleylah..(^_*)




Definasi jujur pada aku,jujur itu bukan sekadar berbasa-basi bila berkata,bukan sekadar lewa berbuat sesuatu tapi jujur adalah telus bila berkata-kata dan bersungguh membuktikannya dengan perbuatan.Itu barulah jujur.

TAPI sebelum kita jujur pada orang,biarlah kita jujur pada diri sendiri.Ikhlas dari hati dan jujur dengan perasaan kita sindiri.Tak guna jika kita bermulut manis pada orang tapi hakikatnya hati kita menafikannnya,kita takkan tenang kerana menipu diri sendiri.

SEANDAINYA kita ingin orang lain jujur dengan kita,kita juga perlu jujur dengan semua orang.Tapi jujur janganlah sampai tahap disalahguna oleh orang lain yang bijak mengambil kesempatan.Jujur tak bertempat,lurus bendul namanya tu..(^_^)

JANGANLAH pula kita berpura-pura jujur semata-mata ingin mendapatkan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri.Kalau berjaya pun,sesuatu tu takkan kekal kerana terang-terangan kita menipu diri sendiri.Biarlah kita dapatkan sesuatu keinginan dan kehendak dengan cara yang jujur dan bukan dengan lakonan semata-mata.

JUJUR itu bermula dari hati

SO,jika ditanya sejauhmanakah sidia jujur dengan kita??Lebih baik jika kita menilik sejauhmana kita jujur pada hubungan itu sendiri..Kalau kita nak sidia jujur,kita kena jujur dulu baru boleh jadi GENG..Barulah serasi dan terimalah hakikat yang psangan anda memang tidak sempurna,jika sidia ada buat silap,perang itu OK tapi belajarlah untuk memaafkan dan penting untuk jujur dalam memaafkan..

"Kebenaran itu menyakitkan,tapi kita jangan terus menipu kerana ingin mencipta kebahagiaan yang takkan wujud dengan penipuan yang berterusan~themoonshadowz"

SEKIAN.TIMACIH

Follow by Email

Blog Archive