Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Friday, 23 March 2012

Curiga la sangat....

CURIGA...Curiga itu mematikan senyum yang terukir di bibirmu,merunsingkan fikiranmu,merosakkan hubungan yang terjalin dan bisa membunuh cinta yang selama ini terjaga rapi...Kenapa mesti curiga???Adakah kerana kau terlalu berwaspada,berjaga-jaga hingga tak terjaga batasnya.Kebenaran yang terlalu di cari,sedangkan dirimu tak bisa menerima kenyataan yang terlalu menyakitkan.
HA...Doh dapat pasai...Tak pasai-pasai dapat pasai...

Ya...Kau bisa dimaafkan tapi kau mungkin akan hilang sesuatu yang selama ini menjadi milikmu iaitu "kepercayaanku"
Teruskanlah bermain teka-teki,hingga kau penat sendiri

..SEKIAN.TIMACIH..









Wednesday, 21 March 2012

Soalnya Hati


Memang sukar di fahami.Ada ketika kita menghukum diri meminati orang yang kita suka padahal orang tu tak 'perasan" pun.Tanpa kita sedar,ada insan lain yang mengharapkan pengertian..Mudah terpedaya dengan pandangan mata semata dan bukan dengan pandangan hati.Sampai tak sedar,menghukum diri sendiri.Tapi bila kita mula menghargai orang lain,pasti kita akan temui kebahagiaan di tengahnya.Tidak akan pernah mudah tapi tidak terlalu payah,cubalah...~themoonshadowz




Monday, 19 March 2012

CEMBURU....O.K.O

Sejak "declare" ni da reti nak cemburu plak dah..URMM..Alahai..
Realitinya,CEMBURU ITU O.K.O

Cemburu itu OK bila
  • Kita masih "bukak table" dengan teman rapat dan bersembang dengan orang lain.
  • Kita masih diberi peluang untuk menjelaskan perkara sebenar jika anda digossip dengan perempuan/lelaki lain.
  • Time kita bz giler dengan kerja dan tugasan,sidia memahaminya.
  • Sidia cume tersenyum jika kita dipuji oleh perempuan/lelaki lain.
  • Sidia tidak mudah cemburu walaupun kamu menerima panggilan dari perempuan/lelaki lain.
  • Sidia berfikiran terbuka dan boleh bersembang dengan rakan-rakan perempuan/lelaki lain di FB atau Tweet kamu.

Cemburu itu KO bila
  • Kamu tidak dibenarkan keluar dengan teman-teman kamu dan jika kamu join juga,pasti sidia ada bersama.Seolah-olah 24 jam kamu berdua tidak boleh dipisahkan.
  • Kalau sidia terdengar tentang gossip kamu dengan perempuan/lelaki lain,kompem kamu tak diberi kesempatan nak menjelaskan keadaan malah kamu yang akan dipersalahkan 100%.
  • Time kamu bz dengan tugasan dan kerja kamu,sidia boleh menuduh kamu yang kamu sengaja membuat helah untuk berjauhan atau tidak bertemunya.
  • Jika kamu dipuji oleh perempuan/lelaki lain,sidia mulalah muncung sedepa boleh diikat(muncung tapir lagaknya)
  • Pantang ada sms atau panggilan masuk,terus kamu disoal dengan 1001 soalan.
  • Sidia amat alert  kawan-kawan maya kamu,semua komen dan post diperhatikan dan tidak mustahil,jadi punca bergaduh panjang semata-mata komen yang mencurigakan..URRMMM...Alahai...
REALITINYA,Cemburu itu memang perlu bagi setiapa pasangan.Cemburu itu buat kita rasa di"jaga".Cemburu juga timbul kerana kita bimbang akan kehilangan orang yang kita sayang.Cemburu ini membuatkan kita rasa "istimewa" di pandangan pasangan kita.TAPI berwaspadalah dengan perasaan cemburu.Cemburu yang keterlaluan dikaitkan dengan "cemburu buta".Cemburu yang sebegini akan membuatkan pasangan berasa amat tertekan dan terkongkong dengan setiap gerak geri yang sentiasa diperhatikan.Cemburu yang keterlaluan juga akan mengakibatkan seseorang sanggup bertindak ganas terhadap pasangan.APA YANG PENTING,kawal perasaan cemburu.Cemburu itu memang perlu untuk komitmen tentang sesuatu hubungan tapi jangan sampai menjadi trajedi semata-mata kerana cemburu membabi-buta.~themoonshadowz

..SEKIAN.TIMACIH.. 





Follow by Email

Blog Archive