Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Saturday, 18 February 2012

Aku,Lulu & Pia...


It's ME
HEHEHEHE...Apa yang aku nampak,akulah si hitammmm...

DAN DI BAWAH
MY BELOVED DAUGHTER,LULU & PIA

Puteri Pertamaku
Puteri Lulu







Puteriku Keduaku
Puteri Pia




..AND NOW..
Pejam celik pejam celik..TADA..
Da besar dah...

DAN aku
~Anggap muda ajele~
                                  ..HEHEHE..

Thursday, 16 February 2012

Bezanya BF(boyfren) dan SBF(spesel boyfren)


Jika anda (perempuan) syok bersembang dengan ..
BF : Dia akan menjadi pendengar yang baik, URM,UHM,YEAH..Walaupun dia sudah bosan dan penat mendengarnya,dia akan berusaha mendengar semuanya..
SBF :Dia kan menjadi pendengar dan mencelah sehingga satu masa dia kan bertanya "Adakah awak bercerita atau hanya meluahkan perasaan??"

Jika anda (perempuan) bersms dengan..
BF : Dia jarang sms anda tapi sms dia panjang,seperti membaca cerpen pendek diibaratkannya.
SBF : Dia selalu sangat sms anda seromantik "Selamat Pagi Cinta" dan sependek abjad "K"

Jika anda (perempuan) gelak manja di hadapan..
BF : Dia akan buat muka sambil berkata "Gediknya gelak"
SBF : Dia akan buat muka manja dengan harapan anda tidak akan gelak sedemikian depan parent dia nanti.

Jika anda (perempuan) bergosip dengan..
BF : Dia akan jadi 'kaki kepoh" jugak...Ala-ala "Terjah mencari Kebenaran"..Dan kita xkan sangka bila dia bukak cerita,mulut kita yang ternganga...AaaaAAAaa...
SBF : Biar ajelah ...

BF & SBF hanya akan serasi dengan topik "BOLA" melainkan dia seorang kaki bangku

..SEKIAN.TIMACIH..

Wednesday, 15 February 2012

Puteriku...URMM...Alahai...

Pertama kali aku tengok bekas peralatan untuk menjahit Si Lulu ni,aku dah x tahan nak gelak.Da macam tukang jahit profesional da...

Ini pula senarai NAMA GEN Si Pia (aku rasa Si Pia maksudkan GENG).Siapa dengan nama,catatan kedatangan dan tandatangan tapi aku tak tahulah GENG apa tapi nampak macam serius je..Hehehe..("Dulu adik tahap satu,sekarang adik dah tahap dua.Tahap dua ni khas untuk darjah empat,lima dan enam",terang Si Pia panjang lebar tiapkali aku belek buku latihan dia).Dan syukur alhamdulillah,sejak masuk tahap dua ni (macam kata Si Pia),dia lebih fokus dan rajin buat homework..ALHAMDULILLAH..

Esok aku akan tanya Si Pia apa maksud "sizikel" ni.. (^_^)

AKU:"Adik,adik dah darjah empat.Kena fokus dalam pelajaran dan aktif dalam koko ya.Mungkin adik akan jadi wakil untuk apa-apa aktiviti di sekolah adik nanti".
NURUL:"Hurm....Lu dah jadi naib pengerusi Persatuan Agama Islam,bermain bola jaring dan aktif dalam    PBSM..Lu kan pengawas PS.Sofia ni...Dia malas sangat.Mungkin dia akan jadi sesiapa atau mungkin takkan jadi apapun",kata Nurul sambil menjeling ke arah Sofia.(bakor)
SOFIA:"Awak kata saya malas??Awak tahu tak saya dah tahap dua?Saya tetap aktif walau hanya terlibat dengan sukan dalam dewan je dan saya jugak pakai uniform Kadet"..Sofia membela diri.

Sebenarnya kedua-dua puteriku ni memang selalu berperang.Dan mereka hanya akan berhenti berperang jika tidur.Keduanya miliki minat dan perangai yang berbeza menjadi puncanya buat umi aku naik fenin melayan kerenah keduanya..Apapun...I LOVE BOTH OF YOU...MUACHH...
(^_^)


Monday, 13 February 2012

Gaduh,sedih,rajuk & bahagia..



Cheeqa merenung geram ke arah handphonenya yang terletak di atas meja.Pantas dicapai dan dipicit-picit kasar punat keypad handphonenya.Membaca kembali mesej di dalam kotak inbox,"I'm so sorry.Saya memang bodoh,bangang dan bahlul kerana lukakan hati awak.Saya tak sepatutnya berahsia macam tu".Sms dari Yakuza yang dibacanya berulangkali."Padan muka",getus hatinya.Puas.Sudah lima sms diterima dari Yakuza yang merayu meminta maaf namun sengaja tidak dibalasnya.Puncanya hanya kerana sms dari Yakuza yang diterima sebelumnya,"Saya tak selesa berkongsi cerita tentang ex girlfren  dan cerita cinta saya yang lalu,dan ianya adalah perkara yang paling menyakitkan hati saya."
Pada Cheeqa,apabila Yakuza enggan berkongsi kisah cintanya yang lalu,dia berasakan bahawa Yakuza tidak jujur dan tidak mustahil jika Yakuza masih menyimpan perasaan terhadap ex girlfrennya.Mungkinkah mereka masih berhubung di luar pengetahuannya..Pada hari pertama Cheeqa sah menjadi teman istimewa Yakuza merupakan hari yang paling terindah baginya, tapi keengganan Yakuza menceritakan tentang kisah cinta yang lalu membuatkan Cheeqa terasa dikhianati dan "perang dingin" dilancarkan.
Sikap Cheeqa yang dingin buat Yakuza pening,"Penting sangat ke nak tau dengan siapa aku bercinta dan berapa ramai awek aku sebelum ni.Perkara sekecil nipun nak merajuk berhari-hari.Biarkan dia sejuk sendiri",getus Yakuza di dalam hati.Yakuza enggan melayan rajuk ratu hatinya itu dan dia pasti Cheeqa akan menghubungi juga nanti.
Seminggu berlalu dan Cheeqa tidak lagi menerima panggilan atau sms dari Yakuza.Cheeqa mula gelisah,dia rindu tapi dia malu kerana merajuk panjang hanya kerana Yakuza enggan bercerita tentang kisah cinta yang lalu.
"Assalamualaikum".Sms pendek dihantar kepada Yakuza.
"Waalaalaikum'salam.Da habes rajuknya???..pantas dibalas oleh Yakuza.Terasa hangat pipi Cheeqa,kalau Yakuza melihatnya kini pasti Yakuza dapat melihat pipinya yang  kemerahan menahan malu.
"Awak kejam.Awak berahsia dengan saya dan awak sepatutnya terus memujuk saya".Luah Cheeqa sedikit kecewa.

"Cheeqa,..Cinta saya yang lepas adalah perkara yang sudah pun berlalu.Jika dulu,saya adalah seorang lelaki yang menyintai ramai perempuan,adakah awak sudi menerima cinta saya pada harini??Jika dulu,saya ditinggalkan,adakah awak juga akan meninggalkan saya pada harini??Jika dulu saya terlalu memilih pasangan,adakah harini saya layak memilih untuk menyintai awak??Perkara yang paling menyakitkan hati,adalah berpisah dengan seseorang yang kita kasihi.Hubungan saya dan awak adalah apa yang saya miliki pada hari ini dan diketika ini.Apabila saya memilih untuk menyintai awak,saya kan menyintai awak seadanya dan awak juga,terimalah saya seadanya.Saya tidak akan menaburkan 1001 janji untuk awak,tapi saya akan sentiasa memberikan yang terbaik semampu saya demi menjaga kasih sayang kita..Kita bersama dengan TakdirNYA dan kita berpisah kerana TakdirNYA jua..Jadi,hargailah apa yang kita miliki ketika ini kerana cinta ini amat bermakna"..

..Dan kita berhak memilih untuk bahagia..


Sunday, 12 February 2012

Bawak-bawaklah berehat...


JAWAB SECARA SPONTAN:

Menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :)

- Jawab spontan, jangan banyak fikir,

- Baca satu demi satu,

- Concentrate!


- KITA MULA :



Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..


1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging..

MOTIF:BAWAK BAWAKLA BEREHAT...




SUMBER: COPY DAN PASTE
(HAPPY TIDO)

Follow by Email

Blog Archive