Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Wednesday, 23 May 2012

"Kau memang giler sepertimana yang kau pikirkan"

Hurmmmm....Lama rasanya tak hapdet blog aku ni,almaklumlah terkadang dihambat kesibukan koje yang membuatkan aku tak punyer kekuatan nak berfikir ke aras yang lebih normal...Bila dah balik ke rumah dan ditanya plak tentang "bila nak update blog?"..Urmmmm...baru aku teringat tentang blog aku ni....
..HOHOHO..
Apa yang aku nak kongsikan harini pasai hal gilew yang buat aku cop "Kau memang giler sepertimana yang kau fikirkan"

**Aku sedang aman melayan pesbuk,twitter dengan kepala terhangguk-hangguk melayan lagu kesukaan aku,tetiba kau masuk dengan aura yang membahang,suara yang lantang dan mata yang terbuntang...Kau mula membebel 1001 perkara yang sedikitpun aku tak paham dan xnak dengar pun..Kau persalahkan semua mende yang berlaku yang membuatkan hari kau adalah hari yang terburuk bagimu.Kau terus membebel dan aku terdengar kau merungut "giler"..Aku terus mengangguk laju tanda setuju,"kau memang giler sepertimana yang kau fikirkan"

**Aku ralit bersms,kau datang nak bercerita.OKlah,..Demi memenuhi keinginan kau yang nak sangat aku jadi pendengar,aku memperlahankan speed jari jemariku sambil memandang kau sekali-sekala dan kau merungut ,"Aku nak bercerita,kau ni sibuk dengan sms plak,pandanglah sini"..HURMMM..Aku rasa aku sudah cukup mendengar dengan dua telinga atau kau nak aku mendengar dengan kedua belah kaki aku plak????Kalau aku mendengar dengan kaki,kompem kau x bley nak bercerita lagi dengan saiz 7 yang penuh di mulut...Hehehehe...

**Kau ralit dengan sesuatu dan tetiba kau marahkan orang lain kerana mengganggu 'kesibukanmu'.Bila ditanya siapa dan bila,kau cuma menjerit yang kau belum lagi gila..Aku tak fikir sesiapa yang mengacau kau pun cuma kau ni 'berhalusinasi' ataupun 'kena tegur' kowt...Aku juga tak tefikir yang kau ni gilew pun tapi ke arah itu... (^_*)

**Kau melaram dengan baju baru dan aku rasa kau patut dipuji.Sayangnya,bukan senyuman yang diberi tapi kau merungut lagi,"ARGHHH,cantek apew,gemuk ni....."OWH TIDAK,....Kalau kau rase kau patut lakukan sesuatu tentang lemak spare tu,maka lakukanlah.Kalau kau merungut 1000 kali sehari pun tanpa berbuat apa-apa,serupe tula juga..Sekurang-kurangnya,kau ada baju yang CANTIK  untuk menutup lebihan spare tadi..Pernah tak terfikir dengan pengemis yang yang xde baju cantik untuk tunjuk betapa rampingnya pinggang mereka yang kompem kurang/langsung tak makan....

Wahai teman,kita semua sama.Ada hari molek,ada hari dop berape nok molek,tapi janganlah kerana hari yang dop berape nok molek tuh,kau melepaskan amarah dan rungutan yang melampau...Tapi bila kena ke hari molek mu lupa plak nak bersyukur...Malah kau dah hantar aura negatif kat orang yang menjadi mangsa kau time tu,.....Kesian orang tu dan kesian gak kat aku,....Hahahaha...Tak pasal-pasal aku anggap kau tu memang gilew sepertimana yang kau fikirkan...URMMMM...Alahai....(^_^)

CHILLAX....Pasti keadaan akan lebih chill~themoonshadowz


..SEKIAN.TIMACIH..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum N Hye!!!!
Komenlah Ye...

Selalulah lepak sini erk...
MUACH!!!!

Follow by Email

Blog Archive