Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Friday, 27 April 2012

Patah Tumbuh, Hilang Berganti...

Patah Tumbuh,Hilang Berganti~Hilang sesuatu/seseorang yang mudah diganti/bertukar pengganti...HURM....Itu ajelah yang aku tafsirkan di jam 11.38pm ni,hehehe..Ntah apa yang merasuk hati aku untuk buat entri ni di saat aku rasakan waktu ni,aku sudah tidur...(sepatutnyerlah) memandangkan aku memang dah letey...
HILANG pastinya tidak akan mudah diganti,lainlah jika hilang jumpa pahtu jumpa balik...Hehehehe...

Aku xnak citer pasal barang hilang,takat selipar croc rm15 tu,mu nak kecoh ada makan penyapu nanti...Mu nak bahang nyapu ke mu nok diam????Mu pilih...
Mende hok aku nok cite malam ni,mengenai kehilangan seseorang yang korunk sayang/cinta.Sesiapa sahaja yang berkaitan dalam hidupmu.
Jika kehilangan kerana mereka sudah meninggal dunia,maka iringilah dengan doa yang berpanjangan.Itu adalah kehilangan yang abadi.

Tapi bagaimana dengan kehilangan orang yang korunk sayang/cinta???Dia yang telah pergi/hilang dan kau masih mengharapkan dia akan kembali kepadamu???"Orang lain tau cakap je,bukan mereka yang merasa,aku yang menanggungnya",itu yang korunk fikirkan.BENAR,mereka tidak akan bisa merasa sepenuhnya apa yang kau rasa,yang kau simpan dan apa yang sebenarnya 'dendamkan' yang kau fikir kau 'pendamkan'..Tapi percayalah,mereka adalah ibu,ayah,sahabat dan orang sekeliling yang pernah merasai 'kehilangan'..Hilang yang berbeza tapi berkongsi rasa yang sama iaitu 'ketidaksempurnaan setelah kehilangan'..DAN mereka tidak ingin kau terus hilang dalam kenyataan yang kau cuba nafikan..Belajarlah untuk menerima kenyataan biarpun terlalu pahit buatmu..

Pernahkan kau luangkan sedetik untuk menyelami apa sebenarnya yang ibu,ayah,sahabat dan mereka rasai setelah "kehilanganmu sejak kau hilang dari kenyataan yang kau cuba nafikan"..BOSANKAN???Bila kita rasa cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri tapi dihalang oleh....Diri sendiri..YA....KAU SENDIRI sudah cukup sempurna untuk melepaskan apa yang bukan milikmu lagi,yang kau sudah hilang suatu masa dulu.Sesuatu yang mustahil untuk kembali dan seandainya kembali,segalanya pasti amat 'berbeza'.

"Things happen with reasons",...
Selongkarlah dengan akal yang waras dan bukan dengan mengikutkan kata hati semata~themoonshadowz

Dan aku pasti,kau sudah cukup bijak untuk mengerti

SEKIAN.TIMACIH

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum N Hye!!!!
Komenlah Ye...

Selalulah lepak sini erk...
MUACH!!!!

Follow by Email

Blog Archive