Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Monday, 19 March 2012

CEMBURU....O.K.O

Sejak "declare" ni da reti nak cemburu plak dah..URMM..Alahai..
Realitinya,CEMBURU ITU O.K.O

Cemburu itu OK bila
  • Kita masih "bukak table" dengan teman rapat dan bersembang dengan orang lain.
  • Kita masih diberi peluang untuk menjelaskan perkara sebenar jika anda digossip dengan perempuan/lelaki lain.
  • Time kita bz giler dengan kerja dan tugasan,sidia memahaminya.
  • Sidia cume tersenyum jika kita dipuji oleh perempuan/lelaki lain.
  • Sidia tidak mudah cemburu walaupun kamu menerima panggilan dari perempuan/lelaki lain.
  • Sidia berfikiran terbuka dan boleh bersembang dengan rakan-rakan perempuan/lelaki lain di FB atau Tweet kamu.

Cemburu itu KO bila
  • Kamu tidak dibenarkan keluar dengan teman-teman kamu dan jika kamu join juga,pasti sidia ada bersama.Seolah-olah 24 jam kamu berdua tidak boleh dipisahkan.
  • Kalau sidia terdengar tentang gossip kamu dengan perempuan/lelaki lain,kompem kamu tak diberi kesempatan nak menjelaskan keadaan malah kamu yang akan dipersalahkan 100%.
  • Time kamu bz dengan tugasan dan kerja kamu,sidia boleh menuduh kamu yang kamu sengaja membuat helah untuk berjauhan atau tidak bertemunya.
  • Jika kamu dipuji oleh perempuan/lelaki lain,sidia mulalah muncung sedepa boleh diikat(muncung tapir lagaknya)
  • Pantang ada sms atau panggilan masuk,terus kamu disoal dengan 1001 soalan.
  • Sidia amat alert  kawan-kawan maya kamu,semua komen dan post diperhatikan dan tidak mustahil,jadi punca bergaduh panjang semata-mata komen yang mencurigakan..URRMMM...Alahai...
REALITINYA,Cemburu itu memang perlu bagi setiapa pasangan.Cemburu itu buat kita rasa di"jaga".Cemburu juga timbul kerana kita bimbang akan kehilangan orang yang kita sayang.Cemburu ini membuatkan kita rasa "istimewa" di pandangan pasangan kita.TAPI berwaspadalah dengan perasaan cemburu.Cemburu yang keterlaluan dikaitkan dengan "cemburu buta".Cemburu yang sebegini akan membuatkan pasangan berasa amat tertekan dan terkongkong dengan setiap gerak geri yang sentiasa diperhatikan.Cemburu yang keterlaluan juga akan mengakibatkan seseorang sanggup bertindak ganas terhadap pasangan.APA YANG PENTING,kawal perasaan cemburu.Cemburu itu memang perlu untuk komitmen tentang sesuatu hubungan tapi jangan sampai menjadi trajedi semata-mata kerana cemburu membabi-buta.~themoonshadowz

..SEKIAN.TIMACIH.. 





No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum N Hye!!!!
Komenlah Ye...

Selalulah lepak sini erk...
MUACH!!!!

Follow by Email

Blog Archive