Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Wednesday, 15 February 2012

Puteriku...URMM...Alahai...

Pertama kali aku tengok bekas peralatan untuk menjahit Si Lulu ni,aku dah x tahan nak gelak.Da macam tukang jahit profesional da...

Ini pula senarai NAMA GEN Si Pia (aku rasa Si Pia maksudkan GENG).Siapa dengan nama,catatan kedatangan dan tandatangan tapi aku tak tahulah GENG apa tapi nampak macam serius je..Hehehe..("Dulu adik tahap satu,sekarang adik dah tahap dua.Tahap dua ni khas untuk darjah empat,lima dan enam",terang Si Pia panjang lebar tiapkali aku belek buku latihan dia).Dan syukur alhamdulillah,sejak masuk tahap dua ni (macam kata Si Pia),dia lebih fokus dan rajin buat homework..ALHAMDULILLAH..

Esok aku akan tanya Si Pia apa maksud "sizikel" ni.. (^_^)

AKU:"Adik,adik dah darjah empat.Kena fokus dalam pelajaran dan aktif dalam koko ya.Mungkin adik akan jadi wakil untuk apa-apa aktiviti di sekolah adik nanti".
NURUL:"Hurm....Lu dah jadi naib pengerusi Persatuan Agama Islam,bermain bola jaring dan aktif dalam    PBSM..Lu kan pengawas PS.Sofia ni...Dia malas sangat.Mungkin dia akan jadi sesiapa atau mungkin takkan jadi apapun",kata Nurul sambil menjeling ke arah Sofia.(bakor)
SOFIA:"Awak kata saya malas??Awak tahu tak saya dah tahap dua?Saya tetap aktif walau hanya terlibat dengan sukan dalam dewan je dan saya jugak pakai uniform Kadet"..Sofia membela diri.

Sebenarnya kedua-dua puteriku ni memang selalu berperang.Dan mereka hanya akan berhenti berperang jika tidur.Keduanya miliki minat dan perangai yang berbeza menjadi puncanya buat umi aku naik fenin melayan kerenah keduanya..Apapun...I LOVE BOTH OF YOU...MUACHH...
(^_^)


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum N Hye!!!!
Komenlah Ye...

Selalulah lepak sini erk...
MUACH!!!!

Follow by Email

Blog Archive