Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Monday, 13 February 2012

Gaduh,sedih,rajuk & bahagia..



Cheeqa merenung geram ke arah handphonenya yang terletak di atas meja.Pantas dicapai dan dipicit-picit kasar punat keypad handphonenya.Membaca kembali mesej di dalam kotak inbox,"I'm so sorry.Saya memang bodoh,bangang dan bahlul kerana lukakan hati awak.Saya tak sepatutnya berahsia macam tu".Sms dari Yakuza yang dibacanya berulangkali."Padan muka",getus hatinya.Puas.Sudah lima sms diterima dari Yakuza yang merayu meminta maaf namun sengaja tidak dibalasnya.Puncanya hanya kerana sms dari Yakuza yang diterima sebelumnya,"Saya tak selesa berkongsi cerita tentang ex girlfren  dan cerita cinta saya yang lalu,dan ianya adalah perkara yang paling menyakitkan hati saya."
Pada Cheeqa,apabila Yakuza enggan berkongsi kisah cintanya yang lalu,dia berasakan bahawa Yakuza tidak jujur dan tidak mustahil jika Yakuza masih menyimpan perasaan terhadap ex girlfrennya.Mungkinkah mereka masih berhubung di luar pengetahuannya..Pada hari pertama Cheeqa sah menjadi teman istimewa Yakuza merupakan hari yang paling terindah baginya, tapi keengganan Yakuza menceritakan tentang kisah cinta yang lalu membuatkan Cheeqa terasa dikhianati dan "perang dingin" dilancarkan.
Sikap Cheeqa yang dingin buat Yakuza pening,"Penting sangat ke nak tau dengan siapa aku bercinta dan berapa ramai awek aku sebelum ni.Perkara sekecil nipun nak merajuk berhari-hari.Biarkan dia sejuk sendiri",getus Yakuza di dalam hati.Yakuza enggan melayan rajuk ratu hatinya itu dan dia pasti Cheeqa akan menghubungi juga nanti.
Seminggu berlalu dan Cheeqa tidak lagi menerima panggilan atau sms dari Yakuza.Cheeqa mula gelisah,dia rindu tapi dia malu kerana merajuk panjang hanya kerana Yakuza enggan bercerita tentang kisah cinta yang lalu.
"Assalamualaikum".Sms pendek dihantar kepada Yakuza.
"Waalaalaikum'salam.Da habes rajuknya???..pantas dibalas oleh Yakuza.Terasa hangat pipi Cheeqa,kalau Yakuza melihatnya kini pasti Yakuza dapat melihat pipinya yang  kemerahan menahan malu.
"Awak kejam.Awak berahsia dengan saya dan awak sepatutnya terus memujuk saya".Luah Cheeqa sedikit kecewa.

"Cheeqa,..Cinta saya yang lepas adalah perkara yang sudah pun berlalu.Jika dulu,saya adalah seorang lelaki yang menyintai ramai perempuan,adakah awak sudi menerima cinta saya pada harini??Jika dulu,saya ditinggalkan,adakah awak juga akan meninggalkan saya pada harini??Jika dulu saya terlalu memilih pasangan,adakah harini saya layak memilih untuk menyintai awak??Perkara yang paling menyakitkan hati,adalah berpisah dengan seseorang yang kita kasihi.Hubungan saya dan awak adalah apa yang saya miliki pada hari ini dan diketika ini.Apabila saya memilih untuk menyintai awak,saya kan menyintai awak seadanya dan awak juga,terimalah saya seadanya.Saya tidak akan menaburkan 1001 janji untuk awak,tapi saya akan sentiasa memberikan yang terbaik semampu saya demi menjaga kasih sayang kita..Kita bersama dengan TakdirNYA dan kita berpisah kerana TakdirNYA jua..Jadi,hargailah apa yang kita miliki ketika ini kerana cinta ini amat bermakna"..

..Dan kita berhak memilih untuk bahagia..


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum N Hye!!!!
Komenlah Ye...

Selalulah lepak sini erk...
MUACH!!!!

Follow by Email

Blog Archive