Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Friday, 21 December 2012

Rinduuu....

Lama toi rasanya tak menjenguk blog kesayangan hamba...RINDU bebenor rase,rindu nak merepek segala...Rindu nak luah apa yang ingin dikongsi bersama...

Tapi lani,yang ada cuma penat,yang paling molek,just berehat..

Hilang letey,aku pasti kembali berkongsi..

SEKIAN.TIMACIH

(^_*)



Thursday, 15 November 2012

Sidia Yang Curang....


Dalam sesebuah hubungan yang terjalin,perkara yang paling menyakitkan hati bila kita dapat tau orang yang kita sayang and care sangat tu "curang".Perasaan sedih,rasa dikhianati bercampur baur ibaratnya kalau sidia dan "sidia yang merampas" tu ada depan kita,mau keduanya dapat hadiah istimewa.Kejam dan amat jelas kejam kerana orang yang biasa "curang" ni payah nak menghargai perasaan orang yang ikhlas menyayangi dia.Dia hanya tau mengejar yang terbaik tanpa memperdulikan perasaan orang yang dah dikecewakannya.

Bukan yang terbaik dan sidia berhak untuk seseorang yang lebih baik.Tak guna terus menerus menyalahkan diri sendiri jika pasangan tu curang,untung kantoi dari kita mensia-siakan perasaan pada seseorang yang tak tahu menghargai pasangannya.

Sidia yang PRO curang ni xkan pernah rasa bersalah dengan apa yang dia dah buat

Kecewa itu pasti tapi lebih baik kita bagi ruang pada diri untuk merawat hati yang terluka.Dan percayalah,ada seseorang yang akan menghargai dan menyayangi kita seadanya.



Monday, 12 November 2012

Happy Birthday My BFF... MAZ... 13 November 2012



Entri malam ni memang special...SUPERR SPECIAL....Entri khas untuk my BFF,Maz..

MAZLIANA BT MAT
Nak pos kad,aku rasa tak sempat
Ini cara yang paling jimat and super hebat

Besday yang ke berapa,kita simpan ketat-ketat
(^_*)

Jangan pandang sebelah mata 
Ini semua aku lukis dan edit khas untuk kau,tauuuu..Pssstttt...Gambar cute tu aku culik dari FB kau,hehehe to make it perfect... (^_*)


Aku kat Pekan,kau kat Pasir Gudang.Jauh tu jugak satu alasan,tapi aku cuba yang termampu just to wish the best birthday just for you..

OKLAH,kita layan ikut step ye,bukti ni...





Start editing...



Then



......TAADAAAAA.....







  video
P/S:Lam bab video ni,memang aku lemah tp aku nak wat gakkkk
Nak nyanyi,aku nikan PEMALUUUUU so ini ajalah erkk
Enjoy watching..
Hehehehehe...

Saturday, 10 November 2012

Maluuuuu.....








"A REAL RELATIONSHIP.HAS FIGHT.HAS TRUST.HAS FAITH.HAS TEARS.HAS      HURT.HAS LAUGHTER.HAS WEIRD,STUPID,UNNECESSARY ARGUMENTS" AND AKU AKAN SELALU CINTA KAMU....

Friday, 12 October 2012

Bila Si Lulu mula berniaga.....


ALHAMDULILLAH,harini aku dan umi bangun seawal jam lima pagi semata-mata nak siapkan menu untuk Si Lulu berniaga .SIYES....Aku ase stres bukan kerana terpaksa bangun awal pagi tapi memikirkan tentang "bihun goreng umi" dan "puding kastard aku".Bahan-bahan sudah dibeli dari semalam tapi aku memilih untuk menyediakannya  pagi ni supaya lebih fresh dan tahan lebih lama,almaklumlah,pengalaman pertama sediakan untuk jualan,kalau ikutkan boz Lulu,nak 50 bihun dan 50 puding kastard.

Aku dan umi bz sambil nyembang,Si Lulu dan Si Pia sedap tido..Haish,...Pukul 615am,Si Lulu jenguk ke dapur sambil bertanya jika semuanya sudah tersedia,hurmmmm...Nak kena agaknya Si Lulu ni,aku lenguh tangan lagi dok mengacau sagu,nak freshhhhh sangatttt,amek kauuu...

Si Pia bangun tidur terus ke dapur dan berpesan pada aku,"Mama,simpankan untuk adik puding tu,adik tak nak beli kat kedai akak,mahal"."Adik nak makan free,adik tanya boz",aku menjawab sambil memuncungkan mulut ke arah Si Lulu,terdengar Si Pia mengeluh,hehehehe.

Siap semuanya,aku bagi si boz rasa,dia komen ok,so bley start bungkus.Si Sofia pun rasa juga,tapi pagi ni memang ajaib.Sofia tak gemar bersarapan di rumah tapi pagi ni,sepinggan bihun,licinnnn...Pergh,boleh tahan sedaplah tu,hehehehe....Siap kerja membungkus,ternyata kuantiti kurang tak seperti yang boz nak,aku cuma dapat 35 puding kastard dan 30 bungkus bihun.Bihun kena tinggal juga untuk pekerja tak bergaji ni,kang ada yang mogok,hehehehe..

Apapun,semuanya selesai dan aku harap Si Lulu serta kawan-kawannya ceria dan enjoy berniaga bersaing dengan rakan sebaya di sekolah.

TAGLINE:"Beli kompem tak rugi"

..SEKIAN.TIMACIH..

Thursday, 13 September 2012

UPSR owh UPSR..


Sejak peperiksaan UPSR bermula 11hb September kelmarin hingga harini hari terakhir dengan paper Sains dan B.Inggeris harini,aku akui aku rasa agak gugup kerana puteri sulungku juga termasuk dalam calon yang mengambil peperiksaan UPSR tahun ni.

"Salam mama.Maafkan Lu dan doakan Lu maa",mesej pendek ku terima dari si Nurul
"I'm okay mama",itu jawapan pendek dia tiapkali aku bertanya.Dia lebih cool dari mamanya ni,hehehehe.Dia cuma rasa gugup pada hari pertama kerana pengalaman pertama memasuki dewan untuk peperiksaan terpenting di usianya and the rest is "just fine,mama".

 Sepanjang tiga hari terpenting ni,tumpuan lebih diberikan pada si kakak hinggakan si adik 'mengingatkan kami bahawa dia adalah si bongsu dan patut dapat kasih sayang dan perhatian yang lebih banyak'.Hurm alahai si Sofia bulat mama ni,kakak bz dengan UPSR pun,sempat lagi dia nak protes.Tapi rajuk Sofia tak lama,ralit bermain hilanglah rajuknya tu..(^_*)

Apapun,mama doakan anak-anak mama ni berjaya dan menjadi anak yang solehah.Kasih sayang mama untuk kalian berdua hingga ke hujung nyawa.Love and miss you always..

Wednesday, 12 September 2012

Tak Seindah Impian (PART TWO)

"Sabarlah Cheeqa,mungkin dia perlukan masa untuk bersendiri.Makin kau paksa dia,makin dia menjauhkan diri",kata Nadia cuba meyakinkan Cheeqa.Cheeqa merenung keluar,hujan yang lebat mencurah ibarat airmatanya yang tidak berhenti mengalir."Kalau dia ada masalah atau dah tak suka pada aku,terus terang lebih naik dari seksa perasaan aku dengan berdiam diri macam ni,kau pun taukan macamana aku tak sakit hati,dah berapa kali aku terima panggilan dan sms dari perempuan yang mengaku dia tu kekasih baru Yakuza.At least,berterus terang dengan aku bukan terus menerus membiarkan aku tertanya-tanya macam ni,tak adil untuk aku.Kalau dulu dia gentle ajak aku couple so be gentle la kalau nak putuskan hubungan".Cheeqa terdiam membungkam di katilnya dan Nadia yang sedari tadi hanya mendengar dengan tenang,dia simpati dengan Cheeqa tapi dia yakin,apa yang berlaku pasti ada alasan di sebaliknya.

"Cheeqa,Jom,kita keluar.Sudah lama kita tak keluar bersama,abang minta maaf banyak menyakitkan hati sayang dan kini abang akui,Cheeqa adalah cinta abang yang terakhir".Yakuza meramas lembut jemari Cheeqa,dia sedar dia telah melukakan hati Cheeqa dan kini dia tidak mahu kehilangan gadis itu lagi.Cheeqa merenung wajah Yakuza,walaupun jejaka itu pernah menyakiti hatinya tapi dia masih bisa menerima dan memaafkan dia kerana Yakuza adalah cinta pertama dan biarlah dia juga menjadi yang terakhir untuknya.Mereka berdua berjalan menyusuri pantai Cherating,suasana yang tenang seolah-olah meraikan 'perdamaian' antara keduanya.

"Sayang,jom kita balik,hari dah petang.Orang pun dah makin kurang ni",kata Yakuza sambil tangannya pantas mengibas pasir yang melekat di seluar.Cheeqa hanya menurut sambil melakukan perkara yang sama.Mereka berjalan beiringan menuju ke kereta,"Terima kasih kerana sudi memaafkan abang walaupun abang dah lukakan hati sayang dan terima kasih sudi meluangkan masa untuk abang,harini abang gembira sangat dan inilah hari yang paling membahagiakan",kata Yakuza sambil menggenggam erat tangan kekasihnya seolah-olah tidak mahu dilepaskan lagi."Ala abang ni,esok kita boleh jumpa lagi,bukan jauh pun jarak tempat kerja kita berdua,"kata Cheeqa sambil tersenyum melihat Yakuza yang kelihatan kebingungan.Sampai di kereta,Yakuza pantas menyeluk poket seluar untuk mengeluarkan kunci,tiba-tiba,..."Ya Allah,.Cheeqa...tolong'...


P/S Apa yang terjadi pada Yakuza..Nak tau tunggula Tak Seindah Impian PART THREE..
~peace~

..SEKIAN.TIMACIH.. 

Monday, 3 September 2012

Tak Seindah Impian (PART ONE)


Cheeqa termenung jauh,sesekali bergenang airmatanya mengenangkan sikap teman lelakinya,Yakuza.Panggilan telefon dari seorang perempuan yang mengaku rapat dengan Yakuza membuatkan luka di hatinya makin parah.Luka di jari nampak darahnya,luka di hati???Cheeqa membebel sendirian.Cheeqa merenung ke luar rumah,sekumpulan kanak-kanak galak bermain,"Arghhh...Senang jadi budak,tak payah nak hadapi banyak masalah dalam hidup,tak payah nangis kecuali nakkan aiskrim dan gula-gula dua posen",Cheeqa mengetap bibir,cuba menahan amarah di hati."ARGHH!!!!Geram!!!",Cheeqa menjerit kuat,kanak-kanak yang galak bermain terdiam sekaligus serentak memandang ke arahnya,Cheeqa menjeling tajam.Kanak-kanak memasing menikus lantas meninggalkan halaman,senyap sepi.Sesepi hati Cheeqa.

"Nombor yang anda dail berada di luar kawasan,sila",Cheeqa pantas menekan punat merah di telefon bimbitnya."Tak guna kalau tinggalkan pesanan suara,dia pasti sibuk melayan perempuan lain,hati Cheeqa berbisik.Yakuza berubah sekelip mata,jika selama ini,Cheeqa adalah insan yang bertakhta di hati,kini semuanya tidak seindah impian.Perubahan Yakuza membuatkan Cheeqa kehilangan punca.Tiada alasan dan punca,Yakuza sepi tanpa berita.Cheeqa sudah letih tapi dia benar-benar sayangkan Yakuza,dia cuba bersabar dengan kesabaran yang sekelumit cuma.

Cheeqa benar-benar bosan,jika dulu boleh dikatakan setiap hujung minggu,dia akan berjumpa kekasih hati,tapi kini dia bersendiri.Hendak keluar bersama teman yang lain,semua sibuk berkepit dengan teman memasing,takkan dia nak kacau daun pula.Cheeqa terpandang kotak di atas almari,pantas dicapainya,dibuka perlahan kotak yang sudah berhabuk,dia tersenyum sumbing.Semua pemberian Yakuza ada di dalamnya,Cheeqa membelek surat pertama yang diterima,lusuh tapi bermakna.Dibaca perlahan.


Assalamualaikum.
Saya tak reti nak menyusun kata.Senang cite,saya dah terpikat dengan awak.Sudi tak awak jadi spesel girlfriend saya??Just say "YES".....Plezzz...

Yakuza bukan Yakult ye..(^_*)

Cheeqa tersenyum kemudian perlahan jarinya menyeka airmata yang mengalir."Adakah kerana dia mudah menerima cinta Yakuza dan semudah itu juga dia ditinggalkan??Tapi kenapa??Berikanlah alasan",Cheeqa mengeluh perlahan.




P/S:Apa yang terjadi pada Cheeqa dan kenapa Yakuza dingin terhadapnya?Nak tau sabarlah ye,esok kita sambung cerita... (^_*)

..SEKIAN.TIMACIH..

Wednesday, 29 August 2012

Somebody special dan seseorang yang tidak...

Lama rasanya tak hapdet blog kesayangan aku ni,sejak aku 'sibuk'.Sibuk melakukan perkara yang aku suka dan busy melakukan sesuatu yang aku terpaksa.Hehehehe..Time hari x sibuk plak,aku xde mood nak hapdet,susah jadi orang yang 'moody' macam aku,kena 'tenang' baru dapat present 'something' dengan lebih logik dan sempurna.Kalau tak,semuanya akan jadi bebelan yang ntah ape-ape....HAHAHAHAH...

FINE,..Sebelum aku merapu lebih jauh,baik aku berbalik semula pada tajuk entri aku kalini,"SOMEBODY SPECIAL DAN SESEORANG YANG TIDAK"

P/S:Sila dok diam dan baca tau... (^_*)

SOMEBODY SPECIAL~Sidia yang kita fikirkan dia YANG kita harapkan akan ditakdirkan menjadi milik kita,sidia yang kita akan luang lebih banyak masa dengan alasan untuk lebih mengenali,seseorang yang kita percaya sepenuhnya yang akan berpegang pada janji,seseorang yang kita cuba yang terbaik untuknya,seseorang yang kita luahkan banyak perkara,sidia yang selalu kita tampilkan dengan imej yang hampir sempurna supaya sidia tenang melihat kita dan SOMEBODY SPECIAL tu akan nampak yang kita seseorang yang sempurna di pandangan matanya.

TAPI apakah berbaloi apa yang kita tampilkan semuanya jika kita cuma sempurna di pandangan mata dan bukan di pandangan hatinya??Tiada cinta dan perasaannya terhadapmu,'hanya kawan'.Perasaan kita hanya akan jadi 'perasan' semata.Kenyataan memang pahit tapi apa guna menipu diri sendiri,luangkan masa untuk berfikir logiknya perasaan untuk seseorang itu hanya atau ia hanya akan dilabel sebagai 'perasan' semata-mata. 

SESEORANG YANG TIDAK~Kita cuba jauhi,kita berikan 1001 alasan untuk menghindarkan diri,tertutup pandangan mata apatah lagi ruang hati untuk sidia yang masih berharap tanpa alasan yang munasabah,kita tunjukkan dan reka perangai terburuk agar sidia menjauhkan diri dan berjauh hati dan SESEORANG YANG TIDAK istimewa di hati kita dapat merasakan 'kebencian' itu.

TAPI bukankah lebih baik kita berusaha menerima sidia seadanya,biarpun sidia bukan yang teristimewa,sidia boleh menjadi teman yang sempurna kerana sidia sudah lali dengan perangai buruk kita dan masih menjadi teman yang baik dan sabar dengan 1001 kerenah lagi.

SO,kita kena jujur dengan perasaan kita sendiri dan kita kena menghargai perasaan orang di sekeliling.Kerana apa yang kita fikir baik untuk kita belum tentu yang terbaik,hanya DIA yang mengetahui segala rahsia perjalanan hidup kita maka hargailah semasa ada sebelum dia hilang buat selamanya..

SEKIAN TIMACIH

Sunday, 19 August 2012

Pertama raya di I.A.B



 Koleksi gambar umie,Nurul dan Sofia beraya di Istana Abu Bakar Pekan,Pahang
..CHEKIDOUT..




Sedondon tiga beranak...(*_*)



Colourful cakes...Yummy Yummy..

                                 Umie bergambar kenangan bersama KDYMM Sultanah Pahang

Nurul dan Sofia bergambar kenangan bersama KDYMM Sultanah Pahang
Junjung kasih Tuanku
DAULAT TUANKU


Friday, 17 August 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI ouls....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN



Tak terasa kita sudah jauh meninggalkan bulan Ramadhan,tak lama lagi Syawal bakal menjelma.Pasti dah banyak persiapan yang sudah siap untuk menyambutnya.
Di kesempatan ini,aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri pada semua umat Islam di mana sahaja berada.Moga kemeriahan Syawal akan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.
Duit raya seringgit je,
Nak banyak,ku tak upaya,
Maaf dipinta pada semua,
Salah dan silap,ampunkan ye.
Pada yang ingin balik ke kampung,berhati-hatilah di sepanjang perjalanan.Untuk yang bekerja di musim perayaan,(macam aku) tabahlah wahai hati,raya sebulan der..Jangan gundah gulana,nawaitu molek,Insya-Allah dapat pembalasan yang baik..(^_*)
P/S:Kepada si pemain mercun,sedikit ya menghiburkan tapi kalau dah melampau-lampau,tak tenteram jiwa,membingitkan telinga.OWH!!!....Tolonglah faham....
..SEKIAN.TIMACIH..

Friday, 10 August 2012

Sedih toi..

"Pilihlah yang terbaik kerana aku bukan yang terbaik untuk kamu"

Terbaik bukan bererti dia yang sempurna segalanya,kalau kau fikir wajah dia hensem/cantik sangat,adakah kehenseman dan kecantikan dia akan kekal selamanya??Jika dia kaya berharta adakah kekayaan dia menjamin kebahagiaan yang berkekalan dan seribu kesempurnaan lagi yang tak ternyata di sini.

Hati yang ikhlas yang boleh menjamin kebahagiaan hubungan ni,kau pun tau..Dan adakah kau betul-betul ikhlas atau sekadar berpura-pura semata ingin menjaga perasaan orang lain..

Tiada sesiapa yang berhak menghukum/membuka keaiban saudaranya yang lain.Menilai bukan sekadar mendengar malah ada ketika mata tersilap tafsir.TAPI bagaimana dengan kenyataan yang nyata,haruskah aku tulikan telinga dan butakan mata.Maaf,itu memang lebih menyakitkan hati lagi.Aku tak suka berkeras,cukup sekadar dengan kiasan dan berbasa basi dengan harapan kau akan lebih mengerti dan berfikir,'adakah betul apa yang aku tegur'.MENEGUR bukan bererti aku sempurna tapi sebagai peringatan bersama.Kita manusia biasa pasti alpa dan terlupa.

Jangan berubah kerana terpaksa tapi jangan sampai aku jelik.

Dan aku harap kau lebih mengerti 


Thursday, 9 August 2012

Entri Di 20 Ramadhan...



SYUKUR,alhamdulillah.Setelah sekian lama meninggalkan blog aku,kini aku kembali...PERGH...Rindu tak terkata...

Ada juga yang bertanya,"p kat blog aok tapi xde pun entry terbaru"...Hehehehe..Apa nak dikata,Mr.lappy yang tercinta terpisah seketika.Nak hapdet dengan TAB,apakan daya,aku tak punyer...Hehehehe...

Pejam celik,kita sudah pun 20 hari berada di bulan Ramadhan.Memasing sudah mula membuat persiapan untuk menyambut Syawal yang akan tiba tak lama lagi,aku jua.Aku pun sibuk dengan persiapan yang serba sederhana,tiap tahun xde istilah tema apa,apa yang aku grab,itulah yang aku punyer.Keperluan anak didahulukan,almaklumlah kedua puteriku yang semakin 'cerewet' kadangkala buat aku pening kepala.

Memiliki dua orang anak perempuan,aku selesa memilih warna pink yang nampak lebih 'gugurl'.Pilihan baju yang sepesen pada aku nampak lebih 'adik beradik','serasi' dan 'senang nak cam'.Tapi bila dah semakin 'membesau' ni,anak perempuan akan jadi lebih 'cerewet' ni,memasing sudah ada warna dan pilihan sendiri.And no flat shoe,at least wedges..And so lucky they didn,t ask for a STILETTO...

Tahun ni,semuanya rushing and aku just grab 'brown color' of baju kurung for them.KENAPA BROWN??Coz umi aku suka warna tu,dan kompem dia akan pakai dengan senang hati..(*_^)..Dan kuih raya pula,apa yang umi aku order,itulah yang ada dan aku,hurm...Angkut ajalah kuih yang dah siap,itulah adanya.

TAHUN ni memang pakat sambar aja mana yang sempat.Xde istilah warna tema,TOP TEN kuih atau apa saja.Heheheheh...

Untuk puteriku,"aku x punya banyak masa untuk menyediakan yang sempurna namun aku tetap sediakan apa yang sepatutnya,SEADANYA'..

SEKIAN.TIMACIH
(^_*)

Monday, 9 July 2012

Hidop Si Bermuka-muka...

COMEL tak gambar di atas???#Gambar ni cuma C&P dari blog lain ya tapi inilah rupa sebenar "Si Bermuka-muka"

I HATE SI BERMUKA-MUKA

Nak tulis entri kali ni aje,membara rasa di jiwa tapi sabor ajelah.Kalau bagi muka atau muka buku,tahan lagi,tapi berhadapan dengan Si Bermuka-muka ni,hidup aku jadi tertonggeng dibuatnya.Si Bermuka-muka yang aku maksudkan ini ialah SI TALAM DUA MUKA iaitu seseorang yang berpura-pura baik dengan kedua-dua belah pihak yang bermusuhan tapi sebenarnya dialah yang melaga-lagakan mereka.

"Sidia cakap pada si A yang sidia sudah tidak mahu campur hal di antara si A dan si B.Hilang aja si A dari pandangan mata,terus sidia kol si B mengadu perihal si A.Memang base setan".

Hai Si Bermuka-muka,dialog di atas adalah dialog benar disertai dengan makian ditujukan khas untuk orang seperti anda..

Apa yang kau dapat sebagai Si Bermuka-muka???Adakah cukup dengan kepuasan apabila melihat dua belah pihak yang bertelagah berpunca dari sikap kau yang melaga-lagakan mereka???HURMM,mungkinkah kau sebenarnya cemburu melihat hubungan kedua belah pihak yang rapat sebelum ni dan kau jadi batu api di antara mereka sehingga ada yang bermasam muka,tidak bertegur sapa malah menjadi musuh yang nyata.

Apa yang kau mahu sebenarnya???Jangan kau ingat,kau akan terus berasa tenang dan puas dengan apa yang sudah kau lakukan.Lambat atau cepat,tembelang kau tu pasti pecah juga.
Aku tahu kau memang begitu,bermuka-muka,berplastik-plastik dan berbakul-bakul sumpah seranah yang kau akan terima kemuadiannya.

JADI,sebelum kau xtau mane nak sorok muka,ada baiknya kau ubah perangai kau tu.Takkan aman hidop Si Bermuka-muka ni,INGATLAH.

P/S:Entri ni khas untuk SI bermuka-muka juga peringatan untuk diri sendiri dan semua orang.Berfikirlah sebelum berkata dan berbuat sesuatu apalagi sehingga memecah belahkan hubungan banyak pihak,BERDOSA TAU..

SEKIAN.TIMACIH

Thursday, 5 July 2012

Sorry Sangat...

Kadangkala memang saya tak tahu dan tak pasti apa yang tersirat di hati orang lain.Saya akui,saya tak bukan yang terbaik namun saya dah buat yang termampu saya lakukan.

Saya pun tak nak streskan sesapa,kalau saya bertanya bukan bererti saya sengaja nak menyibuk.Sekadar ingin bertanya..Tapi jika soalan dan pandangan saya tu boleh menimbulkan masalah pada orang lain,saya minta maaf sangat..

Diam lebih baik..

Tuesday, 3 July 2012

Bila "CINTA" semakin pudar...



Bila "CINTA" semakin pudar

Semua mengharapkan hubungan yang terjalin kekal ke akhir hayat namun ada juga pasangan yang terkandas dalam perhubungan.Pelbagai dugaan menimpa adakalanya ditipu,dianiaya dan pelbagai lagi cabaran yang membuatkan "Cinta yang ada semakin pudar" dan hilang kemanisan untuk terus menjaga hubungan.

Jika dulu mudah kita memaafkan dan melupakan tapi kini,jika sidia memohon maaf,kita semakin sukar memaafkan dengan seikhlas hati.
Jika dulu mudah kita bertemu dan berbincang bersama tapi kini,kita lebih banyak memberikan alasan jika sidia ingin bersemuka.
Jika dulu mudah kita tergelak besar walaupun hanya "lawak dop skola" dari dia tapi kini,gurauan pun boleh jadi punca pergaduhan besar.
Jika dulu mudah kita berjanji akan kongsi kesusahan bersama tapi kini,kita hilang disaat sidia memerlukan bantuan dan pertolongan.
Jika dulu mudah kita rasa macam nak "tercampok" jantung, ke luar bila teringatkan sidia tapi kini,dada terasa lapang tanpa memikirkan sidia.
Jika dulu mudah kita mendoakan yang terbaik untuk sidia tapi kini,sidia bukan lagi dalam list doa kita.
Jika dulu mudah kita rasa trauma jika kehilangannya tapi kini kita rasa trauma jka terus bersama.
Jika dulu mudah kita berjanji akan kekal sebagai "kawan" walaupun hubungan gagal tapi kini,kita melayan  sidia ibarat musuh yang nyata.

Betapa banyaknya "JIKA" HATI DAH X SUKA
Bila "CINTA" semakin pudar semuanya memang sukar~themoonshadowz

Tapi pada aku,walau apapun alasan untuk berpisah,pilihlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.Janganlah kita menganiaya perasaan orang yang ikhlas menyayangi kita selama ni.

Dan cubalah untuk berpisah tanpa trauma
Jangan biarkan hidup anda diselebungi trauma kerana misteri cinta~themoonshadowz

SEKIAN.TIMACIH

Sunday, 24 June 2012

Small Celebration For Lulu & Pia


Alhamdulillah,syukur harini dapat bersama dengan Nurul dan Sofia meraikan dua besday gurl ni



Nurul,umie dan Sofia.AKU????Xdop..Umi aku memang malas nak snap gambar aku sebab aku pasti akan komplen cara dia pegang kamera..Jangan pakai flash bila cahaya keliling da cantik..bla bla blahhh.Snap je gambar trus dia hilang ke dapur....Hehehehe...



 Ni di antara tetamu yang paling awal.. TAIKO..Taikocingmu...GGGrrrr..


Ini di antara saing(kawan) umi la ni.Timacih sudi datang.



Menu sempoi je,ada laksa,pulut kuning,rendang ayam,bihun goreng,karipap,nugget untuk budak-budak dan mak budak,hehehehe..Dessert plak ada custard pudding dan dadih coklat..
Yummylicious!!!!!!




Lepas makan,ada cabutan Whose Lucky

Ni penerima pertama,sengih...Sukelah tu..Hehehehe...

Ini pula,classmate Sofia,namanya Farah.

Ini kembar Sofia,x caya cer tenung lama mereka berdua ni,banyak persamaan.Rupa tu seiras jew
(^_*)




Terima kasih pada semua yang sudi datang untuk meraikan kedua besday gurl
Apa yang penting,semua kenyang,semua happy
(^_*)

SEKIAN.TIMACIH

Follow by Email

Blog Archive