Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Friday, 30 December 2011

Renew,reload @ reuse...



..Tik,tok,tik,tok..
Masa berlalu,sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung tahun 2011."Apa azam kau tahun ni???.."HUHUHU!!!!Azam tetap azam,kadangkala naik lemau juga hendak menjawab soalan apabila ditanya apakah azam menjelang tahun baru..
Nampok bebenor pedo'ohnya jika tiada azam dalam hidup nikan,..Macam hidup tiada matlamat tanpa azam..Apapun,azam itu perlu untuk mempertingkatkan kualiti hidup..Tapi yang lebih penting,bagaimana kita  mengawal hala tuju dan merealisasikan azam itu sendiri samada tercapai atau ibarat angan-angan mat jenin sahaja.

Pada aku,azam itu..

  • RENEW-Perbaharui azam setelah azam yang lama sudah pun tercapai..Tumpuan dan yakin pada diri sendiri sehingga azam yang diimpikan dapat direalisasikan...Syukur,Alhamdulillah
  • RELOAD-Tambah azam setiap tahun sampai menimbun-nimbun azam,ada yang sampai da tertunggak..Hehehe...Yelahkan,matlamat bertambah,usaha pun perlulah seiring,Insya-Allah
  • REUSE-Bawa ke hadapan...Hehehe...Gunapakai azam yang tak tercapai di tahun sebelumnya dan usahakan lagi di tahun baru..Insya-Allah..
Apapun azam kita,kita perlu sentiasa berusaha,berdoa dan bersyukur..Azam tanpa usaha ibarat memancing tanpa umpan..Berdoalah pada Yang Maha Esa agar impian dan azam terlaksana,namun jika azam kita belum terlaksana,bukan bererti kita terus gagal,sebaliknya gandakan usaha dan berdoa kepadaNYA..Samada azam kita terlaksana mahupu tidak,bersyukurlah  limpah kurniaNYA kepada kita...Tiap yang berlaku pasti ada rahsia disebaliknya,..Janganlah kerana azam yang tak tercapai,kita kufur dengan nikmatNYA..

Dan penting untuk kita memiliki azam setampil dengan kudrat kita.Janganlah menyimpan azam yang tak rasional,impian menggapai awan tapi bila diajak memanjat bukit pun takut (Ibaratnya)..

Jadi,sempena menyambut tahun baru ini,bersama-samalah kita RENEW,RELOAD @ REUSE azam kita..Azam tetap azam,yang perlu dipertingkatkan adalah uasaha,doa dan bersyukur kepadaNYA..Mudahan tahun baru ini menjanjikan 1001 kebahagiaan dan kejayaan pada semua yang berusaha mendapatkannya...

~SELAMAT TAHUN BARU 2012~

..SEKIAN..TIMACIH..









No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum N Hye!!!!
Komenlah Ye...

Selalulah lepak sini erk...
MUACH!!!!

Follow by Email

Blog Archive