Google+ Followers

BIG BOSS IS.
Seorang lelaki yang baik pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..(^_^)....

Tuesday, 27 December 2011

Kelantan 23,24 dan 25 Disember 2011



Sempena cuti sekolah hujung tahun ni,puteri-puteriku memang merungut kebosanan kerana tak pergi kemana-mana,almaklumlah,mamanya busy manjang...Namun trip ke Kelantan sedikit sebanyak buat kedua puteriku tersengih juga...

~Snap & Share~
~CHEKIDOUT~



Umie,Puteri Pia Dan Puteri Lulu

Kalau ke Kelantan.adalah satu kerugian besar jika tak pergi ke Rantau Panjang.Antara lokasi yang terkenal dan "ZON BEBAS CUKAI"..Rantau Panjang juga merupakan pintu keluar masuk ke Thailand yang menghubungkannya dengan Pekan Sg.Golok.Terdapat pelbagai barang dan keperluan yang boleh didapati dengan harga yang murah dan mace-mace bole pilih...JOM.....




Di sini,aku tertarik melihat orang yang berkerumun pada sowank pakcik penjual aiskrim ni,tapi aiskrim yang dijual agak berbeza dengan yang dijual di tempat kita..RM2 je..
Antara bahan-bahannya roti,pulut,jelly,aiskrim,jagung dan kekacang...~SEDAP~







Salak Thai...Berbeza dengan salak di sini yang berbentuk bulat.Rasanya kelat-kelat manis..URMM..


..Kepenatan..

Dari Rantau Panjang ke Pengkalan Kubor.Sempadan Malaysia-Thailand jajahan Tumpat,bahagian utara negeri Kelantan.Bersempadan dengan Tak Bai.Tapi x berada lama di sana kerana kami sampai pun da lewat petang.Gate sempadan ditutup tepat 6 PM.


Balik dan berehat Di Homestay di Pintu Geng.Dan malamnya kami pergi ke Wakaf Che Yeh..
..CHEKIDOUT..

Wakaf Che Yeh merupakan pasar malam terbuka yang terletak di Jalan Kuala Krai,Kota Bharu.Ada banyak gerai dan peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan dari buah-buahan,kelengkapan dan  juga pakaian..Macam -macam cara digunakan untuk menarik pelanggan datang membeli.


Antaranya

Sebenarnya aku x perasan langsung yang si penjual ni adalah LELAKI..Kalau x kerana suara dan janggut sejemput...Dan aku antara yang tertarik,,Beli "gokla kaen pokadok hok corok bulak-bulak"....



CAKKK!!!Pagi 25 Disember..


(^_^)




 
Berlatarbelakangkan Pintu Gerbang Istana Jahar




MUZIUM ADAT ISTIADAT RAJA D'RAJA KELANTAN.RM2 BAGI PENGUNJUNG DEWASA DAN RM1 BAGI KANAK-KANAK



Dari Muzium Adat Istiadat ke Kampung Kraftangan








(^_^) 

Heading to Pasar Siti Khadijah
Menuju ke Pasar Khadijah






Yang ni memang aku nak pomot...Puteri Lulu suka dodol dan aku sendiri boleh terpikat dengan dodol NIK NOOR AZIZIAH ni...Sedap...

(^_^)

Snap senap bersama Puteri Lulu & Puteri Pia







Cian Kucing nikan...Hurm...Harap bukan mangsa penganiayaan oleh "menusia" yang kejam..
OWH!!Tidak...

HURM...Penat jugak tapi yang paling best,dapat bersama anak-anak...

..SEKIAN.TIMACIH..









1 comment:

  1. Sedapnya ais krim tu campur2 tu

    thank singgah blog kita :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum N Hye!!!!
Komenlah Ye...

Selalulah lepak sini erk...
MUACH!!!!

Follow by Email

Blog Archive